Mengalami masalah tulang belakang pada malam persembahan Gegar Vaganza 2019, Sabhi Saddi berkongsi sekeping foto sedang mendapatkan rawatan.
Walaupun dinasihatkan untuk berehat, namun dia bertegas untuk terus beraksi untuk lagi Makhluk Tuhan Paling Seksi pada saingan kelima konsert malam ini.
“Doakan sy… semoga semuanya dipermudahkan.. Harap2 takde la yg serious,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Lebih dua tahun arwah suami, Johan Nawawi pergi mengadap Ilahi, walaupun reda dengan suratan takdir, namun sukar bagi seorang isteri menerima hakikat suami kini tiada di sisi.
Jelas Nora Ariffin menerusi posting di Instagram, kehilangan orang tersayang mengajarnya erti tawakal, sabar dan bersyukur.
“Musibah kehilangan orang tersayang mengajar saya erti…
HIKMAH…
UJIAN…
SABAR…
TAWAKAL…
BERSERAH…
SYUKUR….
Dan akhir sekali….
REDHA….
……. Al- fatihah.
#jn30tribute
#adadalamtiadabynoraariffin,” kongsinya.
A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on Nov 13, 2019 at 12:15pm PST
Netizen memberikan kata-kata semangat buat penyanyi Hanya Satu ini untuk terus tabah meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Johan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mac 2017.
Nora dan Johan berkahwin pada 9 April 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Syakir Iman, 26, Mohd Syakir Alif, 20, Putri Nur Dahlis,15 dan Putri Nur Fatehah, 5 tahun.
Foto : Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiada kata yang dapat diungkapkan apabila merindui pada insan yang telah pergi buat selamanya.
Mungkin itulah situasi yang dialami pelakon Linda Rafar yang telah kehilangan anaknya, Rezaimen Keifli atau lebih manja di sapa Memen kembali ke Rahmatullah kira-kira lima tahun lalu.
Ujar Linda, dia menganggap arwah anaknya seolah-olah pergi mempelajari ilmu agama dan keduanya pasti akan bertemu satu hari nanti.
“Setiap yg bernyawa pasti akan berakhir dgn kematian.. Dunia ini hantar permainan dan tempat persinggahan utk kita sama2 mengumpul pahala dan mendapat tix vvip ke syurga yg lebih indah.
“Today, genaplaaa 5yrs memen pergi memang lama tp mama x rasa lama pon.. ma rasa mcm memen pergi berlajar agama yg jauh pasti satu hari nanti kita akan berjumpa ye men…. ma syg memen sgt2,rindu ma takkan habis tau, moga allah makburkan setiap doa mama #prayformemen #rezaimenkeiflinbinazlinda #novelmenunggumudipintusyurga #memenahlisyurga,” titipnya di Instagram.
Dihujani dengan kata-kata semangat beserta doa dari peminat, Memen merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.
Arwah Memen meninggal dunia pada 5 Julai 2014 selepas bertarung dengan kanser limfoma., Al-Fatihah buat Memen.
Foto : Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!