“Doakan Perjalanan Pergi & Balik, – Dijemput ke Persidangan Radio Eropah Di Sweden, Netizen Tumpang Bangga Dengan DJ Lin

Share

Penyampai radio popular, DJ Lin memaklumkan dirinya bakal menghadiri Pesidangan Radio Eropah 2022 yang akan berlansung di Malmo, Sweden.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Penyampai radio, Sinar FM itu difahamkan telah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat.

“DJ Lin dah nak terbang ke luar negara untuk menghadiri Persidangan Radio Eropah di Malmo, Sweeden.

“Doakan perjalanan Lin selamat pergi dan balik ya,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, DJ Lin turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga perjalanannya sepanjang berada di luar negara akan dipermudahkan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bangga dengan pengiktirafan yang diterima oleh DJ Lin itu.

“Semoga selamat pergi Kak.

“All the best and have fun Dj Lin.

“Bestnya, all the best Kak.

“Tahniah Kak Lin. Semkga selamat perjalanannya.

“Semoga dipermudahkan segala urusan sis di sana. Jaga diri dan kesihatan. Selamat jalan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Dj Lin merupakan salah seorang penyampai di stesen radio Suria FM yang mengendalikan segmen Suria Cinta pada setiap hari Ahad hingga Jumaat jam 8 malam hingga 1 pagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram DJ Lin

IKLAN