“Doakan Moga Kekal Hingga Ke Hari Tua Bahkan Hingga Ke Syurga,” – Pelakon Aidit Noh Bernikah Secara ‘Online’, Tahniah!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Aidit Noh yang telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang dikenali sebagai Hanani, pada Sabtu.

Difahamkan, Aidit yang berada di Kuala Lumpur telah dinikahkan secara atas talian bersama isterinya yang berada di Kuala Terengganu.

Menerusi bebrapa hantaran di Instagram, bintang ini turut berkongsikan beberapa momen indah mereka berdua, selain suasana ketika diijab kabul.

“Mudah mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal(yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”.

“Doakan semoga saya dan bidadari dunia ini kekal sehingga ke hari tua bahkan sehingga ke syurga,” tulisnya sambil disusuli kredit.

Untuk informasi, Aidit baru sahaja muncul dengan filem Seandainya Kau Ada yang ditayangkan di Astro First.

IKLAN