“Doakan Mawar Sentiasa Beristiqomah,” – Sempena Awal Muharram & Sedang Hamil Anak Kedua, Mawar Rashid Kini Berhijab Menutup Aurat

Share

Pelakon Mawar Rashid ada berkongsi khabar gembira bersama peminatnya di akaun Instagram.

Menerusi entri berkenaan, Mawar memaklumkan dirinya kini sudah mengenakan hijab sejak Awal Muharram lalu.

Kongsi Mawar, dia berharap peminat mendoakan agar dirinya sentiasa istiqamah serta terus mendapat keredaan Allah SWT.

“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.

“Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin,” tulisnya ringkas.

Di samping itu, peminat dan rakan selebriti turut meluahkan rasa syukur dengan perubahan aktres tersebut.

Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019.

Lebih istimewa, Mawar turut mengumumkan sedang hamil anak kedua pada Jun lalu.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN