Naqiu mendedahkan dia terkejut apabila namanya dipilih untuk menyanyikan lagu Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dalam saingan konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad depan.
Katanya, kejutan yang diberikan agak besar hingga membuatkan dirinya terduduk ketika nama diumumkan menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi pada penghujung saingan minggu lalu.
“Ketika itu saya tengah peluk Sham Visa, kemudian muncul lagu Siti Nurhaliza di skrin. Saya macam jeling-jeling juga dan tengok berapa orang peserta wanita yang masih tinggal. Agaknya siapalah yang dapat lagu ni.
“Tapi yang muncul ialah wajah saya, itu yang buatkan saya terduduk. Dalam hati saya tertanya apa yang nak kena buat minggu depan ni, dah la lagu tu legend, penyanyinya pun memang legend. Ditambah pula dengan suara saya yang macam ni,” katanya kepada MH.
Apa pun, bintang berusia 33 tahun itu akui setiap lagu baru yang akan dipersembahkan di GV6 adalah cabaran yang harus disempurnakan.
“Saya percaya mungkin Hady Mirza kalau dapat lagu tersebut, mungkin lebih sesuai. Tapi macam saya? Bagi saya ia cabaranlah untuk saingan minggu depan.
“Yang penting saya cuba buat sehabis baik dengan cara sendiri,” impi Naqiu yang sebelum ini agak jarang menyanyikan lagu asal dari mana-mana penyanyi wanita.
“Lagu wanita yang pernah saya nyanyi sebelum ini hanya sebiah saja iaitu Bunga nyanyian asal Ara Johari,” akhirinya.
GV6 yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Beberapa hari lalu, posting seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun
@sapiksam_ mendapat perhatian wargamaya.
Apa tidaknya, lelaki terbabit ada berkongsi potongan video pendek yang merakamkan penyanyi remaja, Haqiem Rusli yang sedang membawa ayat suci Al-Quran di keheningan malam.
“Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya.
“Waktu mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta, Allahu. sorry @HaqiemRusli, record senyap2,” tulisnya.
tengah lena diulit mimpi , ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji.. toleh2 adui segan rasanya .. waktu2 mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta , Allahu.. sorry @HaqiemRusli record senyap2 . pic.twitter.com/e5N6QkrK9a
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey telah mengumumkan semalam menjadi hari terakhir dirinya bertugas sebagai penyampai radio ERA.
Kongsi Fad, sepanjang menjadi sebahagian keluarga stesen radio berkenaan, ia merupakan satu momen indah baginya.
Malah, pemilik nama penuh Muhammad Fadzlie Nizam itu juga turut memohon maaf kepada pendengar sekiranya terkasar bahasa sepanjang ke udara, kira-kira sejak tiga tahun lalu.
“Thanks for the memories @era.je ,thank you semua yang dengarkan saya selama saya ke udara, maaf kalau ada salah dan terkasar bahasa ye. #lastday #3years,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata sedih dengan berita tersebut tetapi ada yang turut berterima kasih buatnya kerana telah berjaya menghiburkan pendengar sepanjang berada di konti.
Dalam perkembangan lain, Fad kini sibuk dengan program realiti hiburan, Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) berpadu tenaga menerusi kumpulan Bocey bersama Achey dan Abam.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.