Categories: Berita

“Doakan Kami Semua Mendapat Umrah Yang Mabrur,” – Eina Azman Berangkat Ke Tanah Suci

Share

Pelakon Datin Eina Azman kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah bersama keluarga.

Lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi foto-foto indah di laman Instagram miliknya.

Ulas Eina, turut sama jemaah lain ialah suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, anak kembar, keluarga dan juga pembantu rumah.

Assalamuailakum… alhamdullilah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, abu, mummy, kakak, anak2 dan bibik mega utk menunaikan ibadah umrah, dah lama sangat nak pergi ke umrah.

“Alhamdullilah harini dapat pergi bawa mummy n abu eina, doakan kan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya.

IKLAN