“Doakan Kami Berbahagia Hingga Ke Syurga,” – Instafamous, Asyraf Mazlan Selamat Bernikah

Share

Usahawan dan bintang media sosial, Asyraf Mazlan telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hatinya, Natasya Nazreen.

Pasangan sama cantik sama padan itu sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.

Lalu, keduanya ada berkongsi beberapa keping foto pernikahan mereka menerusi laman Instagram.

Difahamkan, majlis pernikahan dilangsungkan meriah di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @natasyanazreen sah menjadi isteri saya. Doakan kami semoga berbahagia hingga ke syurga,” tulisnya.

Foto: Instagram Asyraf Mazlan dan Natasya Nazreen

IKLAN