“Doakan Alahan Cepat Clear, Loya Teruk Kali Ni,” – Sedang Hamil Anak Kedua, Mawar Rashid Perjelas Punca Perlahankan Aktiviti Di Media Sosial

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Mawar Rashid yang telah pun mengumumkan yang dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Berita gembira itu disampaikan finalis Pencarian Dewi Remaja 2015 ini menerusi akaun Instagram beberapa hari lalu.

Sambil memanjat rasa syukur atas rezeku zuriat yang dikurniakanNya, Mawar turut memaklumkan dia turut alami alahan teruk ketika ini.

“Alhamdulillah. Syukur, doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.

“Doakan Mawar jugak tau.. kalini alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi x larat.

“Sorry gais.. bnyk lagi nak buat challenge2 lain dan kerja lain2.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni,” jelasnya.

Terdahulu, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael yang dilahirkan pada Mac tahun lalu.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN