“Doakan Aje Yang Baik-Baik, Tak Payah Kutuk,” – Michael Ang ‘Update’ Kesihatan Emma Maembong

Share

Awal hari ini, pengarah dan pelakon Michael Ang ada melawat Emma Maembong yang terpaksa dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu kerana mengalami deman virus baru-baru ini.

Menerusi Instagram, Michael ada berkongsi perkembangan terkini pelakon terbabit selain turut mendoakan agar Emma segera sembuh.

“Salam semua. Baru lepas melawat @emma_maembongofficial kat hospital. Alhamdullilah dah bertambah sihat.

“Doa kan aje yg baik baik ok. Tak payah kutuk. Abaikan apa I ckp kat video ni Sebab kita kawan so kasar la bahasa ya. Luv u all!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya turut mendoakan agar kesihatan Emma akan pulih seperti biasa.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN