“Doa Yang Satu Ni Tak Pernah Lekang Dari Kami Berdua,”- Amal Doa Mohon Dikurniakan Zuriat, Elizad Sharifuddin Terus Ikhtiar

Share

Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin ada berkongsi satu doa yang diamalkan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Malah jelasnya, titipian harapan itu tidak pernah dilupakan selain dia lainnya.

“Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa “ .
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan “ .

“Selain dari doa2 lain , DOA yang “ SATU “ ni x pernah lekang dari kami berdua .
#SALAMNISFUSYAABAN #naksorangcamniplsss
#mybaby #auntylovearianna,” tulis bekas hos Mingguan Wanita ini.

Sebelum ini, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin pernah berkongsi cerita perihal kesukaran untuk mendapatkan zuriat yang dihadapi oleh dirinya.

Selain itu, bintang berusia 36 tahun ini ada memaklumkan bahawa dirinya menjalani proses rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) pada Februari lalu.

Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu.

Foto: Instagram Elizad Sharifuddin

IKLAN