Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin ada berkongsi satu doa yang diamalkan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Malah jelasnya, titipian harapan itu tidak pernah dilupakan selain dia lainnya.
“Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa “ .
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan “ .
“Selain dari doa2 lain , DOA yang “ SATU “ ni x pernah lekang dari kami berdua .
#SALAMNISFUSYAABAN #naksorangcamniplsss
#mybaby #auntylovearianna,” tulis bekas hos Mingguan Wanita ini.
Sebelum ini, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin pernah berkongsi cerita perihal kesukaran untuk mendapatkan zuriat yang dihadapi oleh dirinya.
Ads
Selain itu, bintang berusia 36 tahun ini ada memaklumkan bahawa dirinya menjalani proses rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) pada Februari lalu.
Ads
Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu.
Foto: Instagram Elizad Sharifuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff ada berkongsi rakaman dirinya sedang berada di studio rakaman bagi proses merakamkan sebuah lagu.
Perkara itu dikongsikannya menerusi entri IG TV, pada Selasa.
Di dalam video tersebut, Aliff antara lain optimis dengan single yang bakal dikeluarkan dan turut meminta ramai memberikan komen terhadap lagu yang dirakamkan.
“Tag kawan korang yg menyukai suara merdu sy dan yg sedang putus cinta. Lagu ni saya ciptakan sbb bosan duduk umah x tau nak buat apa sbb ada virus ni.
“Jadi gi jer studio @alongexists dan buat lah lagu ni hasil lirik sy sendiri dan tak ada kena mengena dgn sesiapa.
“Semoga kita terhibur di zaman virus carola di rumah. Kalau korang nak tengok video yang penuh lagi korang boleh pergi dekat YouTube tv Telajak laris saya akan posting besok 10.00 pagi,” tulisnya.
Selain sibuk merakam lagu, Aliff yang baru sahaja melancarkan lagu berjudul Cuba Bahagia turut dilihat menghulurkan sumbangan kepada barisan hadapan dalam usaha membasmi pandemik COVID-19.
Meluahkan kesedihan apabila masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak bersyukur dan mengeluh akan ujian kecil yang menimpa, kata pereka terkenal, Datuk Rizalman, sekarang merupakan masa untuk membela nasib insan yang kurang bernasib baik, bukannya saling bertelagah.
Dia turut berkongsi tragedi hitam yang diterima menerusi ruang mesej yang memaklumkan keluarga fakir miskin ini kehilangan tempat berteduh selepas rumah mereka terbakar. Walaupun kesemua ahli keluarga selamat, namun cukup menyedihkan, kucing peliharaan mereka mati terbakar.
“Celiklah mata wahai SEMUA golongan.. bayangkan sekiranya perkara sebegini berlaku pada kita.. adakah kita nak merungut pasal keletihan menjadi frontliners?
“Adalah kita nak membebel rasa terkurung? adakah kita nak berleter pasal makan benda yg sama setiap hari? adakah kita nak sibuk berkongsi benda viral dan melagakan manusia? adakah kita ambil tahu keadaan rezeki orang lain? adakah kita sedang sibok mencari puak untuk berpihak pada pandangan kita?
“Ramai lagi yg bakal menghabiskan nyawa dlm keadaan lapar dan berserah pada Allah SWT. Kita? Kita masih ada bumbung untuk berteduh walau seteruk mana pon kesusahan yg di alami. Maka cari lah teduhan untuk diri kita di padang Masyhar nanti selagi daya, agar menjadi antara 7 golongan yg di janjikan itu.
“syukor Ya Allah kerana bukan sahaja memberikan kita rezeki, malah peluang berbuat pahala,” tegasnya.
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian tokoh penyampai berita RTM, Farit Ismeth Emir yang telah meninggal dunia pada pagi Isnin.
Dalam pada itu, chef selebriti Datuk Fazley Yaakob memaklumkan bahawa dia dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz telah menerima ucapan salam takziah daripada netizen rentetan dari khabar mendukacitakan itu.
Lalu, Fazley tampil memberi penjelasan seterusnya memperbetulkan tanggapan ramai yang sebelum ini mungkin menyangka, isterinya ialah anak kepada Allahyarham.
“Pertama sekali, salam takziah buat keluarga Allahyarham Farid Ismeth Amir.
“Doa kami agar rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya @azrene_ahmad, kerana menyangkakan bahawa arwah adalah ayah kandung beliau,” jelasnya.
Fazley pada masa sama turut memohon maaf buat keluarga arwah atas entri yang dikongsikan.
“Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam whatsapp kami sekeluarga. Sebetulnya ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik.
“Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu.
“Saya mohon maaf buat keluarga arwah sekiranya post ini mengganggu emosi kalian semua. Niat saya hanya ini memperbetulkan kekeliruan yang berlaku #Alfatehah buat arwah dan takziah buat keluarganya.