Pelakon Kamal Adli menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Uqasha Senrose bersempena ulang tahun kelahiran ke-33 aktres tersebut yang disambut pada Ahad lalu.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Kamal meluahkan rasa syukur atas kehadiran Uqasha dalam hidupnya sambil mendoakan agar segala urusan isterinya dipermudahkan.
“Happy bday to this beautiful soul, my wife. Semoga panjang umur. Dipermudahkan laluan hidupmu.
“Abang doakan semoga dialihkan segala rintangan, biar laluanmu cantik dan indah je okay.
“Abang doakan segala doa sayang diangkat Allah, dibukakan segala pintu rezeki yang tertutup, didatangkan rezeki yang hebat dan halal,” tulisnya.
Selain itu, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu turut mendoakan agar Uqasha terus menjadi ibu terbaik buat anak mereka, Hawra Uqaira.
“Terus jadi ibu yang hebat untuk Hawra. Hawra pun tahu sayang ibu yang hebat. Insya-Allah yang indah-indah je.
Ads
“Have a lovely birthday ya sayang. I love u soo much,” tambah Kamal lagi.
Malah Uqasha turut dilihat memberikan reaksi terhadap kapsyen berkenaan.
Ads
“Thank you sayang, thank you for everything. I love you so much. My one and only, you and Hawra,” balas Uqasha.
Ucapan bermakna yang dititipkan Kamal itu juga pantas menjadi sorotan ramai apabila hantaran tersebut meraih hampir 55,000 tanda suka dan dihujani ratusan komen penuh doa dan ucapan tahniah buat pasangan selebriti itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin memohon maaf kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, kerana tidak dapat hadir menyaksikan persembahannya sempena hari kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, dia sebenarnya sangat berharap dapat melihat persembahan anaknya itu.
Namun begitu, dia kini berada di New Zealand bagi menjalani penggambaran sebuah drama.
“Saya sangat berharap yang saya dapat bersama awak baby. Daddy mohon maaf sangat. Daddy perlu pergi kerja,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Kulit Wayang itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Dalam hantaran yang sama, Fattah turut meluahkan rasa bangga terhadap Fatima dan menyatakan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi sebagai seorang ayah.
“Apapun, sentiasa ingat yang daddy selalu bangga dengan awak. Selamanya akan begitu. Daddy sayang awak, Fatima,” kongsinya lagi.
Terdahulu, perhatian warganet tertumpu pada satu perkongsian oleh bekas isterinya, Fazura, apabila kelibat Fattah tidak kelihatan sewaktu acara sekolah anak mereka.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun rumah tangga mereka berakhir pada 7 Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ezlisa Loy memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan busana perkahwinannya yang didakwa menyerupai rekaan dipakai oleh Ally Mukhriz, cucu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut Ezlisa, sebagai wanita yang baru bergelar isteri, dia enggan mencetuskan sebarang perbalahan dan lebih selesa menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga.
“Pada saya, isu ini tidak perlu diperbesarkan pun. Cuma saya nak tekankan tentang usaha dan kerja keras terutamanya mereka yang buat baju saya. Saya cuma nak gembira di hari berbahagia saya.
“Kalau saya marah pun, pada hari itu sahaja. Selepas itu, saya akan move on. Saya sebenarnya takut nak bagi kenyataan kerana penerimaan orang berbeza.
“Lagipun, saya baru berkahwin. Saya perlu menjaga nama baik keluarga saya dan suami. Saya risau apa yang saya katakan nanti disalah erti,” katanya.
Pelakon drama Thariq Ridzwan: His Treasure itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana di TGV KLCC, Khamis lalu.
Jelas Ezlisa, dia tidak menjangka isu persalinan hari bahagianya itu akan menjadi tular dan mencetuskan perbalahan dalam kalangan sesetengah pihak.
“Saya sebenarnya agak terkejut bila timbul isu seperti ini. Saya tak nak orang bercakap buruk tentang perkahwinan saya.
“Setiap hari saya berdoa agar tiada perkara negatif berlaku menjelang perkahwinan saya. Saya tak nak bergaduh. Saya nak semua orang gembira di majlis saya,” katanya lagi.
Ezlisa turut menjelaskan, busana perkahwinannya itu dihasilkan hasil rujukan dan inspirasi daripada pelbagai sumber, termasuk Pinterest dan rekaan antarabangsa, dan bukanlah salinan bulat-bulat mana-mana pereka tempatan.
“Saya merancang segalanya bermula dari mood board, baju nikah, baju sanding dan baju suami saya.
“Saya ambil inspirasi daripada Pinterest dan pereka fesyen yang lain.
“Saya akan bagi kredit kalau betul-betul saya ambil ilham daripada orang lain. Kain pun saya pilih sendiri daripada Rizman Ruzaini,” katanya.
Ditanya tentang kenyataan kakaknya, Elfira Loy, yang turut bersuara di platform Thread pula, Ezlisa menyifatkan ia sebagai reaksi biasa seorang kakak yang bersifat melindungi.
“Kakak akan mestilah sentiasa jadi protective. Sebagai kakak, saya okay sahaja dia nak keluarkan apa sahaja kenyataan,” katanya.
Dalam pada itu, Ezlisa turut menjawab kritikan terhadap pemilihan vanue majlis perkahwinannya yang dikatakan kelihatan seperti gereja.
“Saya suka dengan vanue itu dan ia sudah pernah jadi isu pun sebelum ini. Vanue tersebut merupakan pusat pengajian Islam.
“Saya memang suka seni bina di dewan tersebut. Sudah bertahun saya rancang nak buat majlis di situ. Yang penting, itu bukan gereja. Terpulanglah orang nak cakap apapun,” katanya lagi.
Untuk rekod, Ezlisa menggayakan busana songket biru muda rekaan Samm Republic semasa majlis persandingannya.
Namun, netizen mendakwa ia menyerupai rekaan Fiziwoo yang pernah digayakan oleh Ally Mukhriz lima tahun lalu.
Ezlisa bagaimanapun menegaskan, ilham sebenar busana tersebut adalah daripada pereka terkenal Filipina, Michael Cinco.
Isu itu kembali hangat apabila Fiziwoo turut memuat naik foto lama perkahwinan Ally di Instagram, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Ezlisa Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya tak suka melewatkan solat lima waktu atau sembahyang dalam keadaan terburu-buru.
“Saya suka solat di situasi yang selesa, wangi dan bersih,” katanya menerusi program audio siar bersama Daniel Mananta di YouTube.
Malah, Ivan turut merancang awal sekiranya perlu menghadiri sebarang acara, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
“Jika nak beribadah, saya sentiasa akan merancang dahulu tempatnya.
“Jika ada apa-apa acara lebih-lebih lagi pada waktu malam, saya akan fikirkan bagaimana solatnya nanti,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ivan turut berkongsi rutin solatnya, mencerminkan rasa hormat pada Yang Maha Esa.
“Malah, rutin sebelum solat saya juga agak cerewet. Saya akan sembur minyak wangi di sejadah, mandi, tukar kain sarung, wangikan diri dan terlihat rapi.
“Hidup kita ini hari-hari dipenuhi glamor. Takkan nak jumpa Allah kita tidak kelihatan bagus?,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut nyata memberi impak kepada ramai apabila warganet yang memenuhi ruangan komen dengan pujian dan rasa kagum terhadap pendekatan Ivan yang penuh adab.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk;
“MasyaAllah, kisah ini banyak menginspirasikan banyak orang. Semoga apa yang disampaikan menjadi ladang pahala.”
“Kita berikan yang terbaik untuk Allah sebagai bukti cinta kita kepada-Nya.”
“Kerana inilah Allah memewahkan hidupnya.
“Seronok tengok Ivan yang sekarang. Sangat menenangkan.”
Terdahulu, kisah rohani Ivan menjadi lebih menyentuh hati selepas kepulangannya daripada menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ivan Gunawan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas membuat kemunculan dalam filem Malaikat Malam, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam merancang untuk menghasilkan sebuah filem khas buat pelakon, Que Haidar.