Pelakon baru yang sinonim dengan watak Luke di dalam drama rantaian, Hero Seorang Cinderellah, Iswan Ismail mengakui hubungannya bersama rakan-rakan baik kini terjejas akibat salah faham.

Katanya kepada MH, situasi tersebut berlaku apabila pelakon asal Singapura itu sudah jarang memuat naik gambar bersama teman-teman lama. Malah, komitmen terhadap seni turut menjejaskan hubungan sesama mereka.

“Saya ‘kehilangan’ kawan sebab ada yang berpendapat saya sudah kekwat. Sebenarnya bukanlah begitu. Saya kalau boleh mahu menjaga dan memantau gambar atau video yang dimuat naik di media sosial. Bimbang andai ia akan disalah erti.

 

“Saya ada jelaskan hal tersebut, tetapi mereka seperti tidak faham. Terus label saya sebagai rakan yang lupa diri dan tidak ingat akan pertolongan mereka selama ini. Lalu, hubungan pun sudah tak jadi berapa baik,” katanya jujur.

Bagaimanapun, Iswan tetap menganggap rakan-rakan lamanya itu sebagai sahabat yang banyak membantu.

“Saya masih anggap mereka sebagai rakan baik, cuma mungkin mereka sudah kurang ajak saya keluar. Apa pun, saya masih tahu untuk cara untuk hargai mereka.

 

“Sebab rasanya ia tidak lebih baik kalau kita hargai rakan-rakan secara personal,” kongsinya lagi.

Dalam perkembangan lain, aktor yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk slot Dahlia TV3 berjudul Papa Cikgu Kirim Salam kini sedang sibuk di lokasi megadrama, Cik Reen & En. Ngok Ngek.

Turut sama berlakon di dalam drama 20 episod itu ialah Fikry Ibrahim dan Farah Nabila.

Foto: Instagram Iswan Ismail

https://www.youtube.com/watch?v=YIqrSU1f238

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI