“Disebabkan Cerita Semalam, Habis Satu Badan Naik Allergic,” – Sajat Luah Rasa, Tapi Ada Netizen Kata Kurap, Efek Hormon

Share

Usahawan sensasi, Nur Sajat hari ini dilaporkan mengalami masalah alergi di bahagian badan hingga terpaksa ditahan di hospital.

Menerusi entri terkininya di Instagram, penyanyi Bobo Di Mana itu ada berkongsi mengenai perkembangan terkini yang terjadi terhadapnya.

Malah, Sajat turut mendakwa apa yang berlaku adalah disebabkan isu sensasi yang melibatkannya semalam.

“Disebabkan cerita semalam, habis satu badan saya naik allergic kaki lengan ketiak badan semua naik merah merah.

“Terus lemah antibody sajat bila dengar berita yang tak masuk di akal tak logik untuk di fikirkan pd abad ini. Huh Sajat BENCI!!! BENCI!!! BENCI!!!,” tulisnya bersama sedutan video di hospital.

Semalam, individu yang dikenali sebagai Yusmiliati yang turut diwakili peguam mendakwa dia telah dituduh sebagai penipu dan dianiaya oleh Sajat berhubung dengan proses pertukaran jantina di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bahkan, wanita berkenaan turut meminta supaya Sajat membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.

Sajat menerusi laporan media bagaimanapun enggan untuk berbuat demikian, seperti mana yang dituntut.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai, tak kurang yang berbentuk sindiran terhadap bintang itu.

Foto: Instagram Sajat

 

IKLAN