Dira Abu Zahar mengumumkan dirinya dalam proses untuk bertanding sebagai antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pengumuman tersebut dilakukannya menerusi Instagram dan tulisnya, dia berterima kasih kepada parti berkenaan kerana memberi ruang buatnya.

Tulis Dira;

IKLAN

“TERIMA KASIH UMNO, BERI SAYA RUANG BERTANDING AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO*

 

Khaidhirah Abu Zahar, Calon 126
Ahli Majlis Tertinggi Umno

 

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO kerana memberi anak muda seperti saya peluang untuk terus berjuang bersama parti kesayangan Melayu ini.

 

“Saya menawar diri untuk bersaing secara sihat atas rasa kasih sayang dan cintakan UMNO untuk sama-sama menggalas amanah bagi menebus maruah dan menjulang semula martabat Umno yang tercalar.

 

“Dengan No 126, saya adalah calon bongsu yang diselit pada saat-saat akhir selepas melalui halangan teknikal yang telah diperbetulkan.  Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah membantu.

 

“Mewakili suara anak muda yang sayangkan UMNO, saya ingin mengambil peluang ini bagi memastikan proses peremajaan UMNO itu dapat kita jayakan kali ini.

 

“Saya yakin kita dapat membawa suara anak muda khususnya golongan wanita muda dan golongan profesional yang semakin lantang menyuarakan pendapat mereka.

 

“Saya konsisten dengan perjuangan ini dengan semangat BERANI BERUBAH, yakni bukan kerana pangkat dan kedudukan, tetapi kerana Agama, Bangsa dan Negara yang amat kita cintai ini!

 

“Saya dengan rendah diri dan penuh rasa bertanggungjawab ingin memohon sokongan dan dorongan dari senior- senior UMNO untuk memberi peluang kepada Wanita muda untuk berada di dalam kepimpinan tertinggi UMNO mainstream ini.

 

“Dengan peluang yang diberikan, saya percaya UMNO adalah sebuah parti yang bukan seperti apa yg dicanang pihak lawan – pintu UMNO sentiasa terbuka untuk menerima perubahan demi kebaikan,”tulisnya.

Di akhir perkongsiannya itu, Dira turut memohon agar penyertaannya itu mendapat sokongan ramai.

IKLAN

“Demi survival UMNO untuk masa hadapan rakyat, saya, Khaidhirah Abu Zahar, calon Ahli Majlis Tertinggi No 126, memohon untuk menyokong pencalonan saya,” akhirinya sambil disertai dengan tanda palang #beraniberubah #inilahmasanya dan #dira4MT.

View this post on Instagram

TERIMA KASIH UMNO, BERI SAYA RUANG BERTANDING AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO* Khaidhirah Abu Zahar, Calon 126 Ahli Majlis Tertinggi Umno Terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO kerana memberi anak muda seperti saya peluang untuk terus berjuang bersama parti kesayangan Melayu ini. Saya menawar diri untuk bersaing secara sihat atas rasa kasih sayang dan cintakan UMNO untuk sama-sama menggalas amanah bagi menebus maruah dan menjulang semula martabat Umno yang tercalar. Dengan No 126, saya adalah calon bongsu yang diselit pada saat-saat akhir selepas melalui halangan teknikal yang telah diperbetulkan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah membantu. Mewakili suara anak muda yang sayangkan UMNO, saya ingin mengambil peluang ini bagi memastikan proses peremajaan UMNO itu dapat kita jayakan kali ini. Saya yakin kita dapat membawa suara anak muda khususnya golongan wanita muda dan golongan profesional yang semakin lantang menyuarakan pendapat mereka. Saya konsisten dengan perjuangan ini dengan semangat BERANI BERUBAH, yakni bukan kerana pangkat dan kedudukan, tetapi kerana Agama, Bangsa dan Negara yang amat kita cintai ini! Saya dengan rendah diri dan penuh rasa bertanggungjawab ingin memohon sokongan dan dorongan dari senior- senior UMNO untuk memberi peluang kepada Wanita muda untuk berada di dalam kepimpinan tertinggi UMNO mainstream ini. Dengan peluang yang diberikan, saya percaya UMNO adalah sebuah parti yang bukan seperti apa yg dicanang pihak lawan – pintu UMNO sentiasa terbuka untuk menerima perubahan demi kebaikan. Demi survival UMNO untuk masa hadapan rakyat, saya, Khaidhirah Abu Zahar, calon Ahli Majlis Tertinggi No 126, memohon untuk menyokong pencalonan saya. Ikhlas, Calon MT 126. #beraniberubah #inilahmasanya #dira4MT

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar) on

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI