Dipuji Netizen Atas Inspirasi & Kekekuatan, Ardell Aryana Kongsi Video Sambut Birthday Ibu

Share

Pelakon Ardell Aryana baru-baru ini telah meraikan ulang tahun kelahiran ibu tercinta yang ke-65 tahun.

Momen indah itu dikongsikan Ardell,29, menerusi Instagramnya.

“If I can grow up to become even a LITTLE of what U are, I will consider myself to have achieved a LOT. Happy birthday mom. #iloveyou 7.7.1954,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Ardell bersama keluarga telah meraikan majlis tersebut di sebuah restoran.

Disamping itu, pemilik nama penuh Nurul Hidayah Mohd Amin juga telah menyunting momen indah saat dia bersama ibunya.

“Selamat Hari lahir mama 7.7.1954 🕊. This year on your born day , i have nothing much to say.

“You are the greatest gift that Allah ever give to me . I love you My Paradise,” kongsi Ardell lagi.

Menerusi ruangan komen, netizen turut menitip ucapan buat ibunya itu.

Hakikatnya, kasih ibu membawa hingga ke syurga.

Video : Instagram Ardell Aryana

IKLAN