Berikutan menggunakan panggilan Abah, ada segelintir netizen bertanyakan mengapa pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah menggunakan nama panggilan tersebut.

Mungkin terlampau ramai sangat bertanya membuatkan Adam, 50 tahun memuat naik satu ‘tweet’ di laman Twitter miliknya memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Dipersoal Kenapa Guna Gelaran Abah, Ini Jawapan Adam Corrie

“Ada yang tanya kenapa ‘abah’, itu bahasa melayu. Gunakan bahasa cina, untuk panggilan ayah kerana saya org cina.

“Saya suka panggilan ‘abah’, orang melayu pon ramai yang guna ‘daddy’, dada, abi, walid yang bukan dari bahasa melayu. Ikut selesaan masing-masing,” tulisnya.

Mudah sahaja penjelasan Adam, pada MH betul juga apa yang dikatakan pelakon KL Gangster tersebut. Setiap orang kan ada kesukaan dan keselesaan masing-masing. Kenapa nak kena persoalkan?

IKLAN

Terdahulu, Adam ada memuat naik foto imbasan wajah bayinya di laman media sosial beserta kapsyen ‘Abah’.

Bagaimanapun, foto tersebut dipadam setelah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

IKLAN

Dalam pada itu, Adam turut berkongsi satu petikan kata-kata daripada Imam As-Syafie.

“Orang yang menegur kamu secara diam diam, bererti dia jujur menasihati kamu. Tetapi orang yang menegur kamu secara terang-terangan di depan orang lain, bererti dia menghina kamu- (Imam As-Syafie),” tulisnya lagi.

IKLAN

Kebelakangan ini, MH perasan bahawa banyak perkongsian Adam di Twitter mendapat perhatian netizen apatah lagi isu yang dinyatakannya adalah dekat dengan masyarakat. Selain itu, turut diselitkan sekali kata-kata nasihat.

Dipersoal Kenapa Guna Gelaran Abah, Ini Jawapan Adam Corrie

MH puji sikap Adam yang sering mengingatkan ‘kita’ yang mudah lalai dan terleka ini. Itulah yang sebaiknya kan? saling ingat-mengingati?

sumber: Twitter Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI