Dipersoal Babak Halal Gap Dengan Ben Amir, Mira Filzah Beri Penjelasan.

Share

Tular sejak semalam sedutan drama Sweet Dreams arahan Micheal Ang memaparkan aksi romantis Mira Filzah dan Ben Amir.

Segelintir netizen menyatakan kekecewaan atas keberanian pelakon jelita itu melakonkan babak yang dianggap keterlaluan bagi wanita berhijab.

Sedar akan persepsi berkait isu terbabit, Mira memberi respon terhadap persoalan netizen di ruang Instagramnya bagi menjawab kekeliruan yang timbul.

“I know he didn’t touch your back masa you nak kena langgar kan?”


“No,” jawab Mira ringkas.

Malah, aktres ini juga memuat naik penjelasan mengapa beg galas dijadikan ‘prop’ utama wataknya dalam Sweet Dreams.

Ahahaha. Beg ni nyawa Putri! Beg ni look yang Mike create untuk Putri supaya mudah untuk ‘scene scene selamatkan.’

Nampaknya persoalan halal gap telah pun selesai. Diharap tiada lagi kekeliruan yang timbul.

Foto : Instagram Mira Filzah

IKLAN