“Dimuatkan Dalam 3 Lori Barang Dapur Dan Keperluan Sedikit Untuk Klinik & Balai,” – Terus Misi Murni Tanpa Jemu, Ebit Lew Ke Pahang Agih Bantuan

Share

Menerusi satiu kemas kini terbaru di Instagram, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada memaklumkan dia bersama beberapa individu akan ke Pahang bagi mengagihkan bantuan buat petugas hadapan di sana.

Jelas Ebit, dia bersama romobongan ke negeri itu selama tiga hari dengan membawa barangan keperluan khusus bagi meringankan beban.

“Pohon doakan perjalanan kami ke Pahang 3hari disana. Saya beli barang dimuatkan dalam 3 lori untuk barang dapur dan keperluan sedikit untuk klinik dan balai.

“Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” katanya yang turut berterima kasih kepad pihak yang turut sama membantu.

“Terima kaseh abang ajai bersama kru Restoren Ahmad Afzal di Rawang yang membantu tolong packing ribuan makanan bantuan untuk kita bawa.

“Doakan kami semua yer. Hanya Allah membalasnya. Allah sayang kita semua. Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat,” titip Ebit.

Ebit pada masa sama turut berkongsi nombor akaun bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan menerusi Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Foto: Instagram Ebit Lew

IKLAN