Nampaknya sebuah video nyanyian live seorang penyanyi baru, Naera Azizi di dalam sebuah program popular tanah air mendapat kritikan hebat daripada netizen.

https://www.facebook.com/freda.kahlo.73/videos/350837342100922/

 

Gara-gara beberapa kesilapan teknikal, Neera sendiri akui tidak mahu salahkan sesiapa dan tidak mahu memperbesarkan isu ini.

IKLAN

“Sebenarnya masa sesi sound chek, mic saya terlebih eco kerana itu kalau dengar seperti ada dua suara. Namun, ayah saya dan managment saya meminta pihak berkenaan untuk menurunkan sedikit eco dan betulkan apa yang patut kemudian semuanya kembali biasa.

 

“Tetapi saya pelik juga sebab apa yang kita dengar dalam video viral itu sangat berbeza dengan keadaan sebenar. Malah, ibu saya juga ada rekod program tersebut tetapi tidaklah kedengeran seperti itu.

 

“Sebenarnya kalau betul nyanyian saya bermasalah, sebelum ini saya ada buat pelancaran lagu ini tetapi tiada pula saya dapat respon yang negatif,” jelasnya kepada kami.

Bagaimanapun, Neera menolak dakwaan nakal netizen yang kononnya menganggap ini sebagahian daripada strategi pemasarannya.

IKLAN

“Untuk apa saya buat strategi seperti itu, perkara seperti ini hanya akan mengaibkan diri saya sendiri sahaja. Tetapi biarlah mereka nak cakap apa sahaja tentang saya. Saya tidak mahu ambil terlalu serious,” jelasnya lagi.

Apabila ditanya, adakah isu ini sedikit sebanyak menganggu dan menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon Neera memberitahu dia tidak pernah mencampur adukkan dunia lakonannya dengan nyanyian.

“Saya akui, sejak kes ini berlaku. Ramai yang DM saya dan maki-maki saya. Sampai saya terpaksa tutup ruangan komen sementara kerana tidak mahu sakit hati membaca komen-komen negatif.

“Tetapi bab menyanyi dan berlakon adalah dua perkara yang sangat berbeza. Saya tidak akan campur adukkan kedua perkara ini dalam satu benda yang sama. Jadi tak apalah” jawab Neera kepada Media Hiburan.

Buat yang masih tidak mengenali siapakah Neera, dia sebenarnya merupakan seorang pelakon dan pernah membintangi drama seperti Sayangku Kapten Mukhriz dan Miss Kapten Cikgu Waiz.

IKLAN

Tetapi MH pun perasan juga memang ada perbezaan video yang divairalkan dengan video yang dirakam sendiri terus dari akaun peminatnya sendiri. Tak percaya? cuba korang dengar yang di atas dan bezakan dengan yang di bawah memang ada kelainannya sikit.

 

https://www.facebook.com/NeeraVengers/videos/1605781722823879/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI