Pelakon Intan Ladyana dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19, semalam.
Turut positif virus itu ialah suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Harris Alif dan dia perlu menjalani kuarantin di rumah.
Memetik Harian Metro, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, Intan tidak boleh menjalani proses kuarantin di rumah kerana sedang hamil tujuh bulan.
“Alhamdulillah, semuanya okay. Intan kena pergi hospital sebab dia hamil. Jika positif dan tidak hamil, dia boleh kuarantin bersama di rumah,” katanya.
Harris pada masa sama mengharapkan doa yang baik-baik terhadap ujian yang menimpa mereka.
Ads
“Sekarang kuarantin di rumah saja. Intan tahu dia positif pun semalam. Itu yang terus dibawa ke hospital.
“Doakan kami dalam keadaan baik dan segera sembuh. Terima kasih juga atas doanya,” katanya lagi.
Ads
Intan turut memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan perjalanannya ke sebuah hospital menerusi Insta Stories.
Ads
Untuk rekod, pasangan selebriti ini melangsungkan pernikahan pada 5 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah filem Roh yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) anjuran FINAS, malam tadi, sekaligus menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 berserta trofi.
Filem seram arahan Emir Ezwan terbitan Kuman Pictures itu turut membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Junainah M Lojong dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh Iswandy).
Tiga trofi lain yang diterima termasuk Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan), Rekaan Busana Terbaik (Tengku Syahmi) dan Skor Muzik Asal Terbaik (Reinchez Ng).
FFM31 disiarkan secara langsung di TV2 dan YouTube Finas Malaysia dari Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dalam konsep norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Trofi Anugerah Filem Terbaik disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang turut merasmikan malam kemuncak festival itu.
Sementara itu, filem Sangkar turut mencipta momen tersendiri apabila Zul Ariffin dan Remy Ishak masing-masing diumumkan sebagai Pelakon Lelaki dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Kabir Bhatia turut menerima trofi bagi kategori Pengarah Terbaik untuk filem sama.
Sebanyak 28 anugerah telah disampaikan malam tadi dan ini dia senarai penuh penerima trofi FFM31;
1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong ( Fly By Night)
2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)
3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)
4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)
5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)
6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)
7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)
8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)
9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)
10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab
11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)
14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie
15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)
17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)
18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)
19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh)
20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
22. Anugerah Khas Juri 1 – filem Suatu Ketika
23. Anugerah Khas Juri 2 – filem Geran
24. Anugerah Khas Juri 3 – filem Headhunter
25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)
26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)
27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)
28. Filem Terbaik – Roh
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menzahirkan rasa lega selepas keluarga adiknya, Farah Yaakob yang merupakan antara mangsa yang terperangkap akibat musibah banjir di Hulu Langat telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba pada petang tadi.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Fazley memaklumkan kesemua ahli keluarga adiknya itu telah berjaya dipindahkan dengan bantuan bot daripada pasukan penyelamat.
“Alhamdulilah! Keempat-empat anak buah saya, adik saya @farah.yaakob dan suami @ahmadrafizi telah berjaya di selamatkan,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Asmara Ini itu turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang bertungkus lumus menghulurkan bantuan bukan sahaja buat keluarga adiknya tetapi juga buat mereka yang terkesan dek kerana musibah banjir ini.
“Terima kasih banyak buat semua yang bertungkus/lumus membantu, bukan hanya keluarga saya, malahan semua mangsa-mangsa banjir di #hululangat,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa syukur selain turut mendoakan agar musibah banjir ini dapat berakhir dengan segera.
“MasyaAllah tingginya air. Alhamdulillah dah selamat keluar dari rumah. Semoga dipermudahkan urusan adik Datuk Fazley.
“Allahuakbar. Alhamdulillah semua selamat dan dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, sejak semalam, Fazley telah pun meluahkan kegusarannya selepas rumah adiknya yang terletak di Hulu Langat telah mula dinaikki air ekoran cuaca hujan yang berterusan sejak hari Jumaat yang lalu.
Menerusi video yang dikongsikan di ruangan Instagram Stories, keadaan rumah adik Fazley menjadi bertambah buruk setelah air memasuki ke kawasan rumah sehingga menenggelamkan aras bawah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Kamal Adli yang telah pun selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz.
Majlis di langsungkan di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Sementara Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.
Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir pada majlis yang diadakan seawal jam 7.30 pagi itu.
Pasangan raja sehari mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun dan mereka kemudiannya diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.
Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional rekaan Rizman Ruzaini.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Detik bersejarah penyatuan dua bintang ini juga bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.
Momen indah tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Selain itu, sebarang berita terkini mengenai liputan majlis tersebut juga boleh diikuti di portal Gempak dan tanda pagar rasmi #KamalXUqasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...