Dilihat Mesra Berciuman, Selena Gomez Kini Didakwa Bercinta Dengan Zayn Malik?

Share

Penyanyi Zayn Malik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita selepas putus cinta dengan supermodel Gigi Hadid, 28, pada dua tahun lalu.

Terbaharu, penyanyi kelahiran British itu didakwa sudah kembali berteman apabila dia kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Selena Gomez.

Malah, kedua-duanya juga ‘ditangkap’ berciuman serta saling berpegangan tangan ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Hubungan mereka dikatakan serius selepas Zayn, 30, baharu sahaja mengikuti akaun Instagram Selena, 31, yang mempunyai lebih 400 juta pengikut.

Zayn mempunyai seorang anak perempuan bersama Gigi yang diberi nama Khai.

Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, namun kedua-duanya tetap bersahabat baik demi anak mereka yang kini sudah berusia tiga tahun.

Manakala, Selena yang juga merupakan bekas kekasih kepada Justin Bieber ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti popular lain seperti The Weeknd, Orlando Bloom dan Niall Horan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN