Penyanyi Zayn Malik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita selepas putus cinta dengan supermodel Gigi Hadid, 28, pada dua tahun lalu.
Terbaharu, penyanyi kelahiran British itu didakwa sudah kembali berteman apabila dia kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Selena Gomez.
Malah, kedua-duanya juga ‘ditangkap’ berciuman serta saling berpegangan tangan ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Hubungan mereka dikatakan serius selepas Zayn, 30, baharu sahaja mengikuti akaun Instagram Selena, 31, yang mempunyai lebih 400 juta pengikut.
Ads
Zayn mempunyai seorang anak perempuan bersama Gigi yang diberi nama Khai.
Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, namun kedua-duanya tetap bersahabat baik demi anak mereka yang kini sudah berusia tiga tahun.
Ads
Manakala, Selena yang juga merupakan bekas kekasih kepada Justin Bieber ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti popular lain seperti The Weeknd, Orlando Bloom dan Niall Horan.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhan Rani terkilan dengan tajuk berita yang menggunakan perkataan ‘dibelasah’ dalam laporan berhubung insiden tidak sengaja yang terjadi melibatkan aktres, Fasha Sanda, minggu lalu.
Meskipun belum memberikan sebarang kenyataan, Azhan memaklumkan perasaannya ketika ini tidak penting.
Katanya lagi, keutamaannya ketika ini adalah untuk memastikan gandingannya itu kembali sihat seperti sedia kala.
“Dah headline tulis gitu aku nak cakap apa lagi. Aku sendiri belum bagi apa-apa kenyataan. Buat masa ni emosi aku, hati aku perasaan aku tak penting pun.
“Aku cuma minta sama-sama kita jangan putus doa untuk dia. Moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu. Yang dah jadi telah pun jadi,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Azhan menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Azhan mahu memberi laluan kepada Fasha untuk memberikan kenyataan terlebih dahulu sebelum dia memberikannya sebarang pejelasan.
“Macam aku katakan haritu lepaskan saja emosi korang pada aku kalau itu boleh melegakan korang tapi mohon sama-sama mendoakan untuk @fashasandha agar dia cepat sembuh.
“Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dulu. berilah ruang pada dia untuk dapat rawatan terbaik terlebih dulu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama Azhan.
Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Berikutan itu, Azhan dikecam netizen yang mendakwa dia bertindak keterlaluan dalam menghidupkan babak berkenaan.
Tindakan Azhan yang berdiam diri selepas insiden itu turut dicemuh netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian jawapan ringkas yang diberikan isteri kepada aktor Remy Ishak, Ezza Yusof selepas ditanya mengenai dakwaan dia kini sedang hamil anak pertama.
Menurut Ezza, 40, perkara tersebut lebih baik ditanya kepada suaminya memandangkan dia bukan seorang selebriti.
“Apa yang saya harapkan ialah doakan yang baik-baik.
“Berkenaan hal tersebut, boleh tanya Remy Ishak,” katanya tenang menyambut pertanyaan MH.
Terdahulu, menerusi beberapa hantaran terkininya di media sosial, terdapat netizen mendakwa bahagian perutnya kian jelas menampakkan ‘baby bump’.
Susulan perubahan fizikalnya itu, netizen awal-awal lagi mengucapkan tahniah seterusnya menitipkan doa.
Bagaimanapun ini bukan pertama kali netizen berteka-teki mengenai perkara tersebut namun, tetap mengharapkan yang terbaik buat pasangan berkenaan.
Untuk rekod, Ezza yang juga usahawan itu mendirikan rumah tangga bersama Remy, 41, pada 21 Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Inisiatif organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang menggilap kebolehan anak muda negara dalam pelbagai sektor terutama keusahawanan dapat dijadikan contoh dalam memperkasakan ilmu serta semangat generasi pelapis.
Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, program menyeluruh menerusi aktiviti perkongsian ilmu dan pertandingan yang mencungkil idea peserta sendiri dapat diketengahkan ke peringkat lebih luas.
“Anak muda pada masa kini berdepan cabaran besar sejajar kepesatan teknologi yang secara tidak langsung memerlukan mereka lebih berdaya saing dalam segala sektor. “Menerusi pembabitan NGO, pertubuhan serta agensi berkaitan, ia dapat membantu pihak kerajaan dalam mengenalpasti golongan sasaran untuk diketengahkan termasuk meneroka bidang perniagaan lebih besar.
“Apabila melihat penganjuran DIYC Business Plan Challenge, saya melihat ia usaha yang wajar diteruskan kerana dapat menyuntik inspirasi selain berpeluang meraih perhatian kepada pelabur berpotensi,” katanya.
Aznana berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutup DIYC Business Plan Challenge 2023 anjuran Pertubuhan A Diversity and Inclusion Movement by The Youth (DIYC) yang berlangsung di Johor, baru-baru ini.
Pada majlis yang berlangsung di Sunway Hotel Iskandar Puteri itu, hadiah berupa wang tunai berjumlah RM32,000 disampaikan kepada barisan pemenang serta penerima saguhati.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim dan Pengarah Projek DIYC Business Plan Challenge 2023 Rehhahn Tudball.
Juara diraih International Medical University (IMU) yang membawa pulang RM15,000, disusuli UNIKL MIAT dengan hadiah RM10,000, manakala tempat ke tiga dimenangi Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) bersama ganjaran RM5,000.
Dua lagi wakil Utar yang dapat mara pentas akhir bersama 29 finalis lain diumumkan sebagai pemenang ke empat dan ke lima sekaligus masing-masing menerima RM1,000 sebagai saguhati.
Idea pembentangan meliputi pelbagai lapangan seperti pertanian, sistem aplikasi dan kesihatan, manakala juara tampil dengan potensi berkenaan bisnes Artificial Intelligence (AI) yang serba lengkap dan meyakinkan juri.
Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Belia Karisma Jauhar, Persatuan Seniman, Pertubuhan Aspirasi Karisma,q UniKL dan Next Gen Malaysia (CILT), DIYC Business Plan Challenge adalah pertandingan yang dibuka kepada penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta, Kolej Mara dan Vokasional selain belia berdaftar di bawah NGO.
Setiap kumpulan dengan empat peserta perlu membentangkan pelan perniagaan yang berpotensi dikembangkan di hadapan juri yang diketuai personaliti keusahawanan dan selebriti popular, Nazril Idrus.
Selain membariskan juri berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk Sazzy Falak dan personaliti bisnes, Arif Tukiman, kemuncak majlis anugerah itu turut dihiburkan persembahan Ratu Rock Negara, Ella.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.