“Dilahirkan Dengan Sihat, Sempurna Dan Comel. Saya Pun Dalam Keadaan Baik,” – Tahniah! Mon Ryanti Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Mon Ryanti yang telah pun selamat bersalin anak ketiganya, 7 Mei lalu.

Bayi lelaki seberat 3.30 kilogram itu dilahirkan pada jam kira-kira 11.29 malam, ketika umat Islam di negara ini menyambut Ramadan yang ke-14.

Sambil merakamkan rasa syukur, berita gembira itu turut dikongsikan pemilik nama lengkap Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee ini menerusi Instagram.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah SWT.

“Alhamdulillah, #BabyHH3 dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik.

“Tq my lovely husband, family, in- law, doc, nurse2, kawan2 and semua yang banyak bagi sokongan dan mendoakan keselamatan dan kesihatan #babyHH3 and me.

“Baby Weight = 3.30 KG
Week Born = 39 Weeks
Gender = Boy 👶
Time = 11.29pm
DOB =
07 | 05 | 2020
bersamaan
14 Ramadan 1441AH,” tulisnya.

Bintang filem Nongkrong dan Jangan Pandang Belakang Congkak ini juga ada berkongsi pengalamannya yang terpaksa melahirkan anak ketiganya itu di Johor Bharu atas situasi semasa yang berlaku ketika ini.

Perkongsian tersebut dikongsikan menerusi platform sama.

Terdahulu, Mon Ryanti mendirikan rumah tangga bersama suaminya,Mohd Hasrul pada September 2014. Sebelum ini keduanya sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Foto: Instagram Mon Ryanti

IKLAN