Dilabel Sombong, Mas Khan Akhirnya Mohon Maaf Pada Individu Ini

Share

Perkongsiannya menyelamatkan seekor kucing kemalangan nyata menyentuh hati netizen.

Walaupun pengakhirannya menyedihkan, perbuatan Mas Khan dipuji netizen.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya menerusi Insta Stories apabila pelakon ini berkongsi komen netizen yang turut melabel dirinya agak sombong.

Menjawab dakwaan terbabit, dia memohon maaf dan tulisnya, kemungkinan waktu itu dia sedang sibuk ataupun penat.

Amin Ya Allah…hahaha sombong sedikit di luar? Alaa tak baik tau cakap macam tu mungkin masa tu kita tak perasan ataupun tengah penat anyway sorry kalau awak rasa saya sombong ok? 

Insyaallah satu hari kita ketemu,” tulisnya.

Bak kata orang, jangan menilai daripada luaran. Apa kata kita tegur dahulu, tak salah kan?

Foto : Instagram Mas Khan

IKLAN