Uncategorized

Dikecam Kerana Video Ameena Menangis, Datin Seri Shahida Buktikan Dia Tidak Seperti Yang Disangkakan

Share

Alahai, sedihnya MH lihat video yang dimuat naik isteri Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Seri Shahida Mohd Rashid apabila anak angkatnya, Ameena menangis sampai tersedu-sedan.

Menerusi kapsyen yang ditulis beliau, kemungkinan Ameena berkelakuan begitu kerana mengetahui bahawa dirinya akan ditinggalkan esok.

Malang buat beliau apabila perkongsiannya itu, ada sahaja yang ‘busuk hati’ kerana memberikan komen yang negatif seperti mempertikaikan mengapa dia memuat naik video dan bukannya memujuk anaknya itu.

Mujurlah ramai juga yang segera mempertahankan beliau dan ‘menasihati’ individu tersebut supaya tidak terlalu cepat menghukum.

Yalah durasi video tersebut hanyalah 58 saat, mana lah nak tengok apa yang sebenarnya terjadi kan?

Dalam pada itu, melalui pemerhatian MH lah…mungkin orang yang beri komen itu tidak mempunyai pengalaman menjaga bayi. Kita husnuzon sajalah ya.

Sementara itu, tidak lama selepas memuat naik video Ameena menangis, Shahida sekali lagi muat naik video dimana Ameena kelihatan ceria disamping kakaknya yang membuat persembahan tarian demi menghiburkan adiknya itu.

Haaa… kepada haters semua mesti dah boleh tutup mulut lepas mengata kan?

Pada MH, siapa kita untuk menghukum seseorang itu kan? Setiap kanak-kanak pun perwatakannya berbeza, ada masa meragam juga.

Apa-apa pun, MH rasa dengan video tersebut, Shahida berjaya menutup mulut orang yang suka mengecam ini.

IKLAN