“Dikatakan Sebagai Sesat Dalam Satu Khutbah Jumaat,” – 26 Tahun Bersiaran, Fedtri Yahya Dedahkan Jejak Rasul Pernah Dikritik Siapa?

Share

Umum mengetahui, program dokumentari, Jejak Rasul merupakan antara rancangan televison popular yang sering dinanti-nantikan penonton setiap kali menjelangnya Ramadhan.

Selain menyingkap sejarah para nabi, program ini turut membawa penonton melihat perkembangan serta susur galur Islam dari dulu hingga kini.

Bagaimanapun, bagi hosnya, Fedtri Yahya mendedahkan program tersebut pernah juga menerima kritikan daripada segelintir ‘golongan agamawan’ meskipun sudah 26 tahun bersiaran.

Menurut Fetri lagi, program yang mengetengahkan tempat-tempat bersejarah Islam itu turut pernah dilabel ‘sesat’ dalam satu khutbah Jumaat.

“Tahukah anda, program Jejak Rasul sejak diperkenalkan 26 tahun lalu, sering dikritik oleh segelintir golongan “agamawan”.

“Dikatakan sebagai sesat dlm satu khutbah Jumaat.

“Sekarang pun ada,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fedtri menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Tambah Fedtri lagi, kebanyakan pengkritik hanya menilai menerusi tajuk dan tanpa menonton episod penuh.

“Masalahnya, depa tak tengok pun.

“Main tengok-tengok tajuk atau dengar-dengar macam tu je,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat program Jejak Rasul mempunyai keistimewaannya tersendiri yang menyebabkan mereka mampu bertahan sehingga kini.

Program Jejak Rasul bersiaran tiga kali seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 6.30 sehingga 7.00 petang di TV3.

Sumber: Twitter Fedtri Yahya

IKLAN