“Dihujani Bertubi-Tubi Pertanyaan, Bila Nak Comeback?,” – Nah! Saiful Apek ‘Hamparkan’ Senarai Filem Lakon Sejak 2009, Termasuk Senarai Filem Baru.

Share

Pelawak dan pelakon, Saiful Apek muat naik dua entri di Insragram berkisarkan hasil kerjanya dalam industri selama 10 tahun, dari tahun 2008 hingga 2018.

Kisahnya, ramai yang bertanyakan ke mana dia menghilang seakan sudah lama tidak muncul dalam industri.

Lalu, ia membawa Apek untuk berkongsi semua filem-filem penglibatannya bagi menjawab soal ‘kehilangannya’ selama ini.

“Soalan dari peminat: ‘kemana lama menghilang?’ & jawapan dari saya ‘saya ke yg menghilang?’.

“Antara filem-filem sy, yg telah ditayang di pawagam sepanjang 2009-2018, dari awal penglibatan sy dlm industri filem, masih tak putus rezeki.

“Alhamdulillah cuma, sy selalu doakan supaya anda semua diberikan rezeki juga, utk terus ambil tahu (dari sumber GOOGLE & WIKIPEDIA) & terus menyokong.

“TERIMA KASIH atas sgala sokongan slama ni. terharu, rendah diri & seikhlas hargai sgt2. Syukran,” tulisnya di kapsyen.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan agar Apek sentiasa dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam industri.

Pada masa sama, bekas ahli Senario ini juga turut memuat naik barisan filem lakonannya yang bakal ditayangkan kelak.

Sementara itu, antara filem lakonannya sebelum ini adalah seperti, Senario Lagi, Lady Boss, Main-Main Cinta, Man Laksa, Bujang Senang, Nana Tanjung, Cicakman, Sifu & Tongga dan banyak lagi.

Foto/Instagram: Saiful Apek

IKLAN