Pelakon Risteena Munim memuat naik kata-kata memohon agar tiada kenyataan dikeluarkan selagi ia bukan daripada dirinya. Malah dia menegaskan supaya tidak hanya mendengar sebelah pihak bagi mengelakkan spekulasi tidak benar.
Bagaimanapun, pelakon tersebut tidak menyatakan sebarang punca kenyataan tersebut dikongsi.
“Diharap semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa statement yang tidak keluar dari mulut saya. Jangan hanya mendengar sebelah pihak agar tidak timbul spekulasi yang tidak benar. Terima kasih,” jelasnya.
Terdahulu, sebuah portal hiburan mendakwa hubungan cinta pelakon ini dengan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sudah bernoktah dan perancangan untuk bernikah pada November tahun ini bersempena hari lahir Risteena juga hancur di tengah jalan.
Ads
Dan beberapa siri muat naik foto seorang lelaki di Instagram Risteena yang dibayangi ikon cinta merupakan pelakon, Isa Khan.
Meski masih ada yang mempersoalkan isu gurauan ‘used car’ selepas tamatnya malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) dari salah seorang hosnya, Elly Mazlein mendedahkan dia tidak ambil pusing kata-kata yang dilemparkan.
Malah, akuinya selepas tamat majlis yang dikendalikan, dia ada menghubungi bakal suami memohon maaf atas apa yang berlaku.
Kongsi Elly atau sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini, dia rasa sangat bersyukur memandangkan lelaki yang digelar ‘Papa Awan Nano’ itu memahami serta menerima hal tersebut secara rasional.
“Bila selesai sahaja program berkenaan, saya ada hubungi bakal suami tanya sama ada okey atau sebaliknya? Saya minta maaf.
“Lalu katanya, tak apa Mama, Papa paham,” kongsi Elly secara berseloroh.
Mengakui ada ketikanya sukar menjangka situasi spontan yang bakal berlaku, penyanyi berusia 38 tahun ini tetap positif meski ada pihak yang menyarankan agar dia mengambil tindakan atas hal yang berlaku.
“Benda-benda macam ni kita susah nak jangka, kadang-kadang kita tidak tahu benda ni nak jadi.
“Saya cuba untuk meredakan keadaan supaya semua orang tenang tapi ada juga yang tidak setuju.
“Orang cakap saya ni macam tak sensitif pasal benda ni. Bukan saya begitu, cuma saya tak nak burukkan keadaan.
Bintang ini ditemui sejurus sidang media program realiti nyanyian Mentor Milenia yang berlangsung di Hilton Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.
Jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Bakawali ini lagi, rakan pengacara Datuk AC juga secara profesional ada membuat permohonan maaf secara peribadi selepas kejadian.
“Sejujurnya, selepas kejadian tersebut, dia ada memohon maaf secara peribadi dan saya faham niatnya.
“Mungkin Datuk AC nak bergurau tapi mungkin terlepas cakap dan salah pengunaan ayat. Saya faham dan saya kena menghormati perasaan semua orang.
“Apapun, saya berterima kasih sangat sebab bila ramai yang prihatin, saya rasa seperti disayangi.
“Kita ni tak lepas daripada buat kesilapan kadang-kadang niat kita ni nak bergurau tapi keadaan jadi sebaliknya. Saya ada lah sikit terasa sebab kita pun tak lama lagi nak berkahwin, kita ada bakal suami.
“Akan tetapi kita faham tak ada orang sempurna jadi lebih baik kita maafkan dari memanjangkan benda tu,” katanya lagi.
Malah, sebagai rakan selebriti dia juga tidak pernah serik untuk bekerjasama lagi dengan hos senior itu menerusi mana-mana program akan datang.
“Saya tidak serik untuk berkerjasama lagi dengan Datuk AC. Kalau kita sikit-sikit nak sentap baik duduk rumah jer.
“Jadi pada Kak Lina kalau nak sensitif sikit-sikit itu okey tapi lepas tu kita dah kena move on dan profesional,” jelasnya jujur kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Elly bakal bergandingan bersama pelawak, Shuk Sahar untuk mengacarakan Mentor Milenia yang bakal ditayangkan di siaran TV3 pada 6 Oktober depan.
Antara mentor yang terlibat ialah Ernie Zakri, Stacy, Black, Hazama dan Akim Ahmad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi pengalaman berkahwin dengan seorang tentera, pengacara Dayah Bakar akui terima pelbagai dugaan serta cabaran yang melanda diri dan rumah tangganya.
Kongsi pemilik nama penuh Nur Hidayah Abu Bakar ini, dia sedikit terkilan apabila ada segelintir masyarakat bagai tidak menghargai pengorbanan suaminya,Kapten Hanif Hamidi dan mereka yang bergelar tentera demi mempertahankan negara.
Perkongsian itu dilakukan bersama penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika menghadiri ‘Sesi Hati Ke Hati’ baru-baru ini.
“Ya Allah….bila tengok @dayahbakar menangis cerita perjuangan dan kisah isteri tentera.
“Terus teringat kisah jihad orang dulu. Ramai diluar sana berjauhan dengan suami dari seorang diri.
“Dari bujang seorang diri dirumah. Mengandung dan sampai melahirkan anak seorang diri dan sehingga anak besar demi kerana Islam, Negara dan tanggungjawab.
“Rindunya pada Nabi saw dan Sahabah rhum yang berjuang untuk Islam ini.
“Semoga Allah temukan semua wanita dengan Ummul Mukminin Khadijah ra. Memberi segalanya untuk Islam ini,” tulis Ebit.
Antara lain, rakaman video tersebut memaparkan tangisan Dayah yang sebelum ini pernah menerima kata-kata negatif berhubung tugas seorang tentera.
Setakat ini, rakamab itu yang telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan dilihat turut memberikan impak kepada orang ramai khususnya mereka yang berkahwin dengan tentera.
Bagaimanpun, Ebit tetap memberikan kata-kata semangat kepada Dayah yang telahmendirikan rumah tangga dengan Hanif pada Jun 2018.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.