Baru-baru ini kecoh mengenai berita seorang penyanyi remaja, Aiman Tino, yang kononnya ditangkap khalwat bersama seorang gadis dalam kereta di kawasan Subang.

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 19, bagaimanapun menafikan berita tersebut.

Pada hari kejadian, menurut Aiman, dia sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, sedangkan timbul cerita itu ditangkap khalwat di Subang.

Kita sedia maklum populariti pelantun lagu Ku Hanya Sayang Padamu ini sedang memuncak naik. Mungkin ada yang mula mencemburui kejayaannya. Lebih-lebih lagi sebagai pendatang baru.

IKLAN

Difitnah Kena Tangkap Basah, Maruah Aiman Tino Tercalar

“Tak tau nak cakaplah. Rambut sama hitam. Depan kita dia baik, belakang kita tak tau. Yang penting Aiman kalau kat luar, memang jenis suka berkawan.

 

“Dan Aiman rasa Aiman takda musuh dengan sesiapa,” ulasnya. 

Aiman seterusnya mengulas mengenai tuduhan kononnya seorang penyanyi remaja lelaki yang juga finalis Anugerah Juara Lagu 31 ditangkap khalwat.

IKLAN

“Setahu Aiman memang terang-terang dia nak tujukan benda tu kat Aiman. Nama nama finalis AJL tu semua dah kahwin,” katanya. 

Menurut Aiman, berita yang tersebar seperti ini boleh mencalarkan imej dan ia melibatkan maruah keluarga.

IKLAN

“Sebab benda ni dah melibatkan maruah Aiman dan keluarga. Kalau ikutkan ayah,  nak buat report terus, tapi tak  salah jika kita maafkan orang.

 

“Dan Aiman bagi peluang terakhir untuk netizen yang suka sangat buat cerita yang tak betul tu, seandainya ada lagi cerita yang tak betul, Aiman akan membuat tindakan terus,” katanya. 

Dalam perkembangan terbaru, Aiman bakal melancarkan lagu duet berentak pop bersama kakaknya, Fara Hazel hujung tahun ini atau awal tahun hadapan hasil ciptaan ayahnya sendiri.

Difitnah Kena Tangkap Basah, Maruah Aiman Tino Tercalar

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI