Didakwa Perlekeh Golongan Tertentu, Faezah Elai Perjelas Perkara Sebenar

Share

Baru-baru ini pelakon, Faezah Elai telah dijemput untuk menjadi tetamu undangan di saluran Youtube penyanyi, Zarul Umbrella bagi berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pramugari satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, perbualan di antara Faezah bersama Zarul telah pun disalah ertikan segelintir pihak yang menganggap mereka seolah-olah memperlekehkan golongan tertentu.

Tidak mahu isu dibiar berpanjangan, Faezah tampil untuk menjelas mengenai kekeliruan tersebut.

“Dalam video interview saya bersama dengan @zarulumbrella tentang life when i was a cabin crew, ada saya sebut jika anda ada masters or PhD tapi tak pernah travel compare orang yang mungkin hanya ada SPM tapi selalu travel especially solo traveller, experience diorang ni lebih banyak and they are more open and wiser.

“Tak semua orang mampu belajar sampai degree, sometimes bukan sebab duit, tapi tak semua orang mampu untuk duduk dan membaca buku. Ada yang suka kutip ilmu melalui jumpa pelbagai orang, culture and religion.

“Saya tak cakap jangan belajar masuk universiti, sebab saya pon belajar sampai universiti.

“Alhamdulillah dapat peluang untuk lihat ciptaan Allah di luar, belajar tentang sabar bila kena maki, belajar tentang erti syukur, bila kena serve orang makan, belajar sedar diri, kita tak hebat mana pon walau ketika tu, gaji 8 ke 10k sebulan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Tanda Putera itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan semua pihak agar menghormati kerjaya orang lain jika mahu dipandang tinggi.

“So Alia Suid,since you dah block i, my advice is, if your degree buat you jadi arrogant, and takde adab, biar lah bodoh. Semalamku, U are a father and how are u gonna teach your children about ‘Adab’ when u dont even have one.

“Hormat lah perkerjaan orang lain walaupon cuci jamban, sebab hati dan iman dia mungkin jauh lebih mulia daripada kita yang kononnya rasa pandai tapi takde adab. Sendiri mau ingat. #selfreminder jugak.

“But if my words hurt anyone then i truly apologize. P/S : Dak lani apa masalah dengan cuci jamban ni? Hang tak penah cuci jamban ka? Habis siapa dok cuci jamban rumah hang? I dont post this untuk ampa kecam dia na.

“Tapi untuk semua, sebab kadang-kadang kita selalu rasa diri kita hebat, walau hakikatnya kita yg buta peghot. Alhamdulillah dapat laki yang suka travel jugak walau fly 3 tahun. 3 years is more then enough,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Faezah Elai & Zarul Umbrella

IKLAN