Tiba-tiba nama selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan gelaran Diva AA menjadi tumpuan ramai apabila bekas pengacara Juara Lagu ini dikatakan mahu terlibat secara serius dalam politik.

Ditemui sejurus sesi FB Live bersama Sinar Online di Shah Alam, Azwan turut ditempelak sebilangan netizen yang menyelar dan mengecam mengenai imejnya yang dikatakan lembut. Malah, ada netizen yang memberi komen pedas, mengatakan Azwan sebagai ‘kunyit’, bapok dan sebagainya.

Mengulas mengenai hal tersebut, Azwan yang sebelum ini cukup sinonim sebagai pengacara dan selebriti yang lantang bersuara mengakui akan hakikat tersebut. Katanya, sepanjang bergelar selebriti, isu berkenaan sudah kerap kali diutarakan kepadanya.

IKLAN

“Saya ada serangkap pantun yang berbunyi; Kalau gerobok kata gerobok, jangan berangan dikata almari, kalau bapok kata je bapok, jangan perasan mengaku lelaki. Jadi sebenarnya saya sudah redha dan sebenarnya istilah tersebut tidak langsung ‘menyirapkan’ darah. Saya sudah puas telan kerana isu itu pun sudah lama berleluasa, masa zaman belum viral lagi. Dulu sebelum viral kita panggil trending.

 

“Ini merupakan antara kecaman daripada sesiapa sahaja yang berhak untuk kecam. Sedangkan, saya sendiri tak rasa apa pun. Akan tetapi saya tidak nafikan, kerana hal itu jugalah saya berhadapan dengan situasi yang kadang kala menjerat rezeki saya. Some how rather kata orang putih, kadang kala ia boleh membunuh. Terpulanglah kepada penerimaan masyarakat. Saya bukan hipokrit daripada artis yang confirm bapok, tapi bila depan orang cuba cover line. Macam mana nak jawab tu?” katanya lagi.

Kongsi Azwan lagi, baginya setiap pandangan yang diberikan itu adalah hak masyarakat untuk berkata dan baginya, dia lebih selesa menjadi diri sendiri.

IKLAN

“Saya seorang yang bersikap terbuka dan pastinya, rakan media kenal siapa saya. Saya adalah saya,” akhiri Azwan jujur.

IKLAN

Benarkah Diva AA akan bertanding di Bukit Antarabangsa?

Benarkah Diva AA akan bertanding di Bukit Antarabangsa?

Posted by Sinar Harian on Wednesday, 13 December 2017

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI