“Dibuang Keluarga Setelah Memeluk Islam Untuk Berkahwin Dengan Dia,” – Fedtri Yahya Kongsi Kisah Mangsa Ibu Mertua Dan Suami Zalim

Share

Perkongsian terbaru Fedtri Yahya cukup meruntun hati.

Seorang wanita mualaf mendakwa dirinya telah diceraikan suami akibat perbuatan ibu mertua yang memporak-perandakan rumah tangganya.

Tulisnya, suami berlaku curang sewaktu mereka tinggal berasingan. Malah, selepas habis belajar, lelaki itu terus menceraikan isterinya atas alasan terlalu sayangkan teman wanita.

Lebih malang, ibu mertuanya dikatakan sanggup menipu demi kebahagiaan anak sendiri.

Ini pula derita seorang wanita mualaf yang menjadi mangsa kezaliman suami & ibu mentua.

“Sebenarnya banyak kes, di sebalik kejahatan anak lelaki, ada peranan ibu mentua yang tak kurang hebat dalam memporakperandakan kebahagiaan insan lain.

“Berdasarkan pelbagai luahan yang diterima, hubungan wanita sesama wanita sering tegang, berkonflik, emosi, dendam dll. ( merujuk hubungan menantu wanita – mentua atau ipar duai ),”

tulisnya.

Membaca luahan ini menyebabkan netizen berang dengan sikap lepas tangan lelaki dan keluarganya itu.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

IKLAN