“Diberi Peluang Sekali Lagi…,” – Ada Yang Persoal Pembabitan Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 3, Jasmin Hamid Lerai Kekeliruan

Share

Baru-baru ini, penerbit dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah memperkenalkan barisan pelakon yang akan membintangi dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku untuk musim ketiga.

Menariknya, pelakon Jasmin Hamid dilihat sekali lagi bakal terlibat dalam drama rantaian berkenaan meski watak Hayati yang dilakonkan telah mati pada musim sebelum ini.

Akui ada yang berasa keliru dengan pengumuman barisan pelakon dalam drama berkenaan, Jasmin telah memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Penerbit dan penulis novel #7harimencintaiku3, Puan @sitirosmizahsemail telah umumkan antara barisan pelakon-pelakon yang akan menjayakan drama ini dan juga penambahan watak-watak baru.

“Oleh kerana ramai yang confuse bila nampak gambar saya tapi nama watak lain. Di sini saya ingin jelaskan..Masa #7HariMencintaiku2, saya pegang watak sebagai HAYATI, ibu MIA tapi akhir cerita HAYATI MATI..,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 46 tahun ini, dia bakal mendukung watak baru bernama Zarina yang diwujudkan untuk musim terbaru drama tersebut.

“Untuk drama #7harimencintaiku3 ni, saya di beri peluang sekali lagi bekerjasama untuk karya Puan @sitirosmizahsemail sebagai ZARINA pulak..Saya sendiri pun belum tau siapakah ZARINA sebenarnya sebab skrip masih dalam pembikinan.

“Ini buatkan saya lagi nervous sebab Puan @sitirosmizahsemail akan korek lagi bakat lakonan saya. Jadi saya harap penonton jangan keliru ya..ORANG YANG SAMA TAPI WATAK BERBEZA.

“Jika ZARINA ni adalah rezeki saya, kita akan berjumpa lagi dalam karya Puan @sitirosmizahsemail. IN SYAA ALLAH..Hebat Bukan?#ComingSoon #DramaMelayu #familystory
#fenomena #thirdseason #terimakasih #hebatbukan,” tulisnya.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

IKLAN