Diarak Menaiki Tandu, Ini Sekitar Foto-Foto Indah Majlis Resepsi Anak Sulung Noraniza Idris, Aliff Haiqal

Share

Selepas selamat diijabkabulkan, anak sulung kepada penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris telah pun mengadakan majlis resepsi pada sebelah malamnya di Port Dickson, Negeri Sembila.

Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi bersama isteri tercinta, Ezza Nafiesha Zakaria melangsungkan majlis resepsi pada 22 Disember lalu dalam suasana cukup tebal elemen adatnya.

Siap diarak dengan menaiki tandu, keduanya tampil sama cantik sama padan menerusi persalinan serba putih berperincian.

Penyanyi Dikir Puteri itu turut memberikan dedikasi terhadap produksi yang menjayakan majlis resepsi mereka. Jom ikuti beberapa foto majlis resepsi mereka.

Majlis turut diserikan dengan persembahan si ibu sendiri dengan mempersembahkan lagu Hatinya Tak Tahan dengan diringi oleh

Buat Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi dan pasangan, moga till jannah, amin. Tahniah dari MH.

Foto: Instagram Noraniza Idris

 

IKLAN