Tahun 2019 sudah memasuki pertengahan tahun, mungkin ada perkara yang gembira dan pahit yang dialami setiap individu.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang menyulam cinta bahagia dan ada juga sebaliknya.
Namun, tidak semua perkahwinan sentiasa indah, ada juga yang berhadapan dengan situasi tegang dan terpaksa bertemu dengan jalan pengakhiran iaitu penceraian.
Untuk tahun 2019, MH senaraikan barisan selebriti yang ‘terhenti’ kisah cintanya bersama pasangan hidup.
1. Sam Bunkface & Aida Azira
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar menjatuhkan talak satu ke atas Aida Azira pada hujung Januari lalu.
Aida yang juga seorang penerbit rancangan mengambil keputusan dibuat bersama dan keluarga masing-masing reda dengan jalan yang diambil.
Sam sebelum ini mendakwa rumah tangga yang dibina mengalami pergolakan namun masih tinggal bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
2. Datuk A.Aida & Ariff Aziz
Kes penceraian penerbit drama, Datuk A.Aida dan Ariff Aziz menjadi bualan hangat ramai pihak apabila Ariff melafazkan cerai talak satu ke atas A.Aida pada 25 April lalu.
Bagaimanapun, A.Aida membuat pengumuman di sidang media pada Selasa.
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.
3. Radhi OAG & Ayu Zahiri
Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
Lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
4. Bella Astillah & Aliff Aziz
Pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi perbualan hangat apabila Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
Lebih sedih, kes itu berlaku pada bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu terpalit dengan beberapa isu curang sebanyak tiga kali yang membabitkan gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.
Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.
Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean.
5. PU Abu & Ain Afini
Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan cerai ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif.
Penceraian dilakukan PU berusia 25 tahun menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, apabila Ain ketika itu sedang sarat hamil tujuh bulan anak sulung.
Abu kemudian berkahwin dengan janda anak satu, Hana Azraa.
6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Status perkahwinan antara pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terjawab apabila aktor itu mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos 2018.
Bagaimanapun, mereka merahsiakan perkara ini selama tujuh bulan kerana mahu menghormati keluarga masing-masing.
Terdahulu, Rashidi mengumumkan penceraiannya melalui Instagram pada pertengahan Mac lalu.
Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.
Foto : Carian Google, Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh ‘atmosfera’ media sosial apabila penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, dikatakan mulai mencacah tatu di beberapa bahagian badannya, sebagaimana yang kini tular.
Lalu, sekali lagi namanya terpalit kontroversi setelah sekeping foto tanpa baju yang turut tertera nama ‘Bella’ di bahagian dadanya hangat menjadi bualan pengguna Twitter.
Menurut BH Online, Aliff mendedahkan nama timangan bekas isteri yang terteta itu bukan tatu tetapi dibuat menggunakan inai.
Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai gambar yang dimaksudkan itu.
“Bukan tatu. Itu adalah inai,” kata Aliff secara ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Terdahulu, Aliff dan Bella Astillah mendirikan runah tangga pada 9 September 2016.
Pasangan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun dan mereka keduannya berpisah pada 16 Mei lalu.
Pasangan itu sah bercerai pada 16 Mei lalu selepas berdepan pelbagai kisah hangat, melihatkan rumah tangga mereka sebelum ini.
Foto: Twitter/Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi wajah gembira seorang ibu apabila dapat membeli barangan dapur, pelakon Fizo Omar mengimbau zaman kanak-kanak apabila dia dapat ke kedai mainan.
Tulisnya, menjaga ibu adalah rezeki tidak ternilai kerana doa seorang ibu adalah senjata paling ampuh yang mengiringi kejayaan seorang anak.
“Mcm ni lah perasaan aku masa kecik2 dulu bila mama bawa g kedai mainan.punya lah seronok n srh buat ape pun aku sggp sbb nak g kedai mainan n beli gula2.mama je yg boleh melayan sebab arwah bapa sibuk cari duit. N kalau blk rmh kawtim ngn mama sorok jgn bgtau kat bapa kalau beli mainan pape nnti dia bising.
“Dr kecik smpi lah besar, mama sgt faham dan susah senang aku jatuh bgn smua mama sentiasa bersama.tahun ni dah lebih 10 tahun mama tinggal bersama aku kat KL ni melihat sendiri perjalanan aku.
“Syukur Ya Allah aku diberikan rezeki yg tak ternilai iaitu rezeki dpt menjaga ibu dan rezeki doa dari ibu yg Allah janjikan tak kan ditolak.
“Sekarang ni, kalau dibawa ke pasar utk beli brng dapur utk masak2 die punya seronok mcm tu jgak aku masa kecik2 dia bawa g kedai mainan.dan blk masak sama2 n bg orang makan itulah kepuasan dia,” jelas suami kepada usahawan, Mawar ini.
Tambahnya lagi, ibu bapa tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak-anak, sebaliknya mereka hanya mahu masa dan perhatian.
“Orng tua bkn nak ape pun dr anak2.kdng2 duit kita bg xde nilai pun.last2 dia kumpul beli brng kt cucu gak.yg paling bernilai adlh masa dan perhatian dr seorang anak.ko kerja kuat mcm mne pun cari rezeki, xde makna nya bro kalau ibu kita simpan je perasaan dgn anak.
“Kita berjaya ni atas usaha kita sikit je sbnrnya, selebihnya dgn izin Allah atas doa yg ckp ikhlas dari seorang ibu.itu senjata paling berharga. Rugi la ko kalau senjata masih ada tapi tak digunakan dgn betul2.
“Xfaham xpe la ape yg aku ckp ni.tapi kalau faham jaga lah senjata tu elok2 dan guna lah sebaik mungkin,” tulisnya panjang lebar.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya