“Diambil Sempena Nama Auntie Side Daddy Dia,” – Selepas 27 Hari, Syida Melvin Akhirnya Dedah Wajah Penuh & Nama ‘Baby Adik’

Share

Setelah hampir sebulan melahirkan cahaya mata kedua, usahawan yang juga merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin, Syida Melvin akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya buat tatapan umum.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Syida memaklumkan dia dan suami telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Sara Sajedda.

Menurut Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, nama tersebut sebenarnya merupakan hasil gabungan daripada nama-nama yang dipilih olehnya dan juga suami.

“MASHAALLAH, Assalamualaikum my second child, my princess, SARA SAJEDDA, one who is a devout worshiper of Allah.

“Cda suka nama Sara. Lembut je dengar, and nama Sajedda diambil sempena nama Aunty side daddy dia, Sajida,” tulisnya.

Jelas Syifa lagi, dia berharap agar anak keduanya itu dapat membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayah.

“Harini Cda baru first time reveal @sarasajedda ibu ni. Muka Sara dah banyak ikut muka Pia, rasa mcm tengah berpantang kat Pia sebab muka depa sama.

“Sara ibu baru 27 hari. Semoga Sara membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan dengar cakap orang tua okay,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Syifa dan suami.

“Sedapnya nama baby, MasyaAllah/

“Welcome to the world sayang. Semoga memb dengan sihat dan menjadi muslimah sejati dan penyejuk hati ibu dan ayah.

“Anak depa semua cantik-cantik. Welcome to the world baby adik.

“Teringat nama Sara Sajeeda tu. Sedap nama,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Syida telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 2 Disember lalu.

Syida dan suami, Mohamad Syafiq Azim telah mendirikan rumah tangga mereka pada 19 Januari 2019.

Pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahata mata sulung, Safa Safeera pada 20 Februari 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Syida Melvin

IKLAN