Pelawak dan penyampai radio, Issey akui khilaf dan memohon maaf kepada warganet atas isu gurau kasar terhadap pelawak serta pengacara, Shuk Sahar dalam program I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) yang ditayangkan di TV3, baru-baru ini.
Menerusi salah satu segmen di dalam program hiburan terbabit, Issey mengeluarkan ayat ‘awak pernah curang saya tak pernah’ yang ditujukan pada Shuk sebagai balasan gurauan kepada dirinya.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata, dia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat itu secara terbuka apatah lagi pada program yang ditayangkan di TV.
“Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja.
“Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu. Malah jauh sekali nak menjatuhkan maruah dia. Begitu juga dengan Shuk. Cuma, memang itu cara gurauan kami selama ini.
“Namun, diakui perkara ini salah kerana saya bergurau di tempat awam dan ia tidak sesuai. Jadi, saya nak minta maaf kepada warganet sebab ini tidak patut berlaku. Sepatutnya guraun seperti ini tidak patut dibuat secara terbuka,” katanya.
Bintang berusia 34 tahun itu berkata demikian kepada Harian Metro. Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuk.
Ads
“Dari dahulu sampai sekarang saya dan Shuk okay, kami tidak pernah ada masalah. Malah, ketika rakaman dijalankan pun kami siap melawak lagi. Selepas itu pun kami ada berjumpa.
“Sehinggalah episod ini ditayangkan dan ia menjadi tular. Saya pun terus menghubungi Shuk dan minta maaf atas apa yang berlaku. Tidak menjangka perkara ini menjadi isu tapi dia kata okay saja,” katanya.
Lalu Issey berharap agar netizen tidak lagi memperbesarkan perkara itu.
Ads
“Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk. Lagi pula saya pun sudah minta maaf pada Shuk.
“Secara peribadi, saya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum itu, Shuk memuji kesetiaan Issey terbabit dalam program ICSYVM dan sudah menunjukkan satu perubahan ketara pada dirinya.
“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” katanya.
Ads
Namun, selepas itu suasana bertukar menjadi riuh-rendah dengan pujian tambahan oleh Issey secara seloroh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Bekas penyanyi yang juga merupakan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina meluahkan rasa syukur apabila usia perkahwinannya bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh kini telah pun menginjak angka 10 tahun.
Jelas Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, sepanjang tempoh tersebut, dia tidak pernah merasakan ia seperti satu jangka masa yang lama kerana perhubungan mereka sering kali dipenuhi dengan rasa cinta, pengajaran hidup, gelak tawa dan bermacam-macam lagi.
“Smileeeee! It’s Sunnah! It’s been 10 years already? SubhanAllah, does not even feel like it!
“Alhamdulilah ya Rabb for these 10 amazing years, full of love, life, laughter, challenges, growth, adventures and time spent together with @mohammadnohbinsalleh,” tulisnya.
Ucapan istimewa itu disampaikan oleh Mizz Nina menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dikesempatan itu, pengasas aplikasi Qalby App itu turut memanjatkan doa agar perhubungan mereka ini akan kekal bahagia serta berjaya di dunia dan akhirat.
“May Allah continue to grant us His Love, Mercy, Protection, Aafiya, istiqamah and success dunya and Akhirah till Jannah Aameen! Love you! @mohammadnohbinsalleh,” katanya lagi.
Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 200,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
“May Allah continue to nourish your marriage with love, kindness and gentleness. Amin.
“May Allah sent a little one to you one fine day. Such an inspired couple. Happy anniversary both.
“Happy anniversary. Couple of jannah.
“Semoga Allah merahmati kalian berdua,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Mizz Nina dan Noh telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Julai 2011.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Mizz Nina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama bersiri ‘Suara Hati’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.
Drama 13 episod arahan sutradara Emy Suffian atau lebih dikenali dengan nama panggilan Pyan Screw ini turut menampilkan Zetty Alia Dato’ Ramly sebagai penerbit eksekutif, Dato’ Zaiton Muhd Jiwa selaku penerbit serta Farah Alya As’ari sebagai penulis skrip.
Suara Hati dibintangi Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama serta turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YMDato’ Sri Rezza Shah.
Bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105), ia turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Menarik, ini trivia Suara Hati yang perlu anda tahu sebelum menontonnya!
Keseluruhan penggambaran mengambil masa lebih kurang sebulan di sekitar Kuala Lumpur.
Ini merupakan penglibatan pertama pelakon Syafiq Kyle dalam projek drama bersiri untuk slot Tiara di Astro Prima.
Hanna Aqeela kembali bekerjasama dengan Syafiq Kyle buat kali kedua. Hanna juga turut dikenali sebagai antara pelakon wanita yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Oleh itu, kesemua babak futsal yang ditampilkan dalam drama ini dilakonkan sendiri oleh Hanna.
Buat pertama kalinya juga, Syafiq dan Hanna diketengahkan sebagai pasangan hero dan heroin menerusi drama ‘Suara Hati’. Mereka memegang watak sebagai Harris dan Hani.
Pengarah Emi Suffian berpendapat gandingan Syafiq dan Hanna mudah mencipta keserasian sebagai teraju utama dalam drama ini kerana kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama iaitu aktif bersukan serta turut mempunyai jarak usia yang tidak jauh berbeza.
Mereka juga saling mengambil berat dan memahami satu sama lain sebagai pelakon sekaligus memudahkan lagi proses penggambaran di set.
Antara momen menarik yang bakal meninggalkan impak mendalam kepada penonton adalah adegan ketika pertembungan watak Harris, Hani dan Naim (lakonan Aidil Aziz) di sebuah kedai kek. Ketiga-tiga pelakon tersebut saling memberi reaksi yang berbeza perasaan sehingga membuatkan pengarah berasa terkesan dengan babak itu.
Antara babak mencabar dalam drama ini adalah sewaktu penggambaran di set lokasi gelanggang futsal. Situasi agak sukar dikawal pada ketika itu kerana ramai pengunjung yang berada di premis futsal tersebut. Namun cabaran tersebut dapat diatasi kerana Syafiq dan Hanna memang mahir bermain futsal lantas penggambaran menjadi mudah dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Single ‘Biar Aku Simpan’ nyanyian Bimasakti featuring Oktovia Manrose diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Raj Kundra, yang merupakan suami pelakon terkenal Bollywood, Shilpa Shetty telah ditahan pihak polis Mumbai apabila dia dikaitkan sebagai dalang konspirasi utama dalam kes berkaitan pornografi.
Pesuruhjaya Polis Mumbai, Hemant Nagrale mengesahkan penangkapan itu dalam satu kenyataan. Dia berkata, “Terdapat kes yang didaftarkan di Crime Branch Mumbai pada Februari 2021 mengenai penciptaan filem pornografi dan menerbitkannya melalui beberapa aplikasi. Kami telah menangkap Encik Raj Kundra di atas kes ini pada 19 Julai 2021 kerana dia nampaknya merupakan konspirator utama. ”
Dia juga menyatakan, “Kami memiliki bukti yang cukup mengenai hal ini. Siasatan sedang dijalankan.”
Pihak telah polis mengemukakan dua FIR (laporan informasi pertama) dan menangkap sembilan orang minggu lalu kerana didakwa “memaksa” pelakon untuk melakukan pengambaran adegan bogel untuk filem pornografi. Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa filem-filem ini dilancarkan dan ditayangkan di aplikasi mudah alih berbayar.
Polis siber juga telah mendaftarkan kes di bawah seksyen 292 IPC, seksyen 67, 67A Teknologi Maklumat dan Perwakilan Tidak Sopan Wanita (Larangan) Peraturan 3 dan 4. Selain itu, Maharashtra Cyber juga telah menahan beberapa orang tahun lalu, beberapa di antaranya didapati mempunyai hubung kait rapat dengan Raj Kundra.
Penangkapan Raj Kundra ini menjadi satu tamparan hebat buat Shilpa Shetty yang mendirikan rumahtangga bersama lelaki tersebut pada tahun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Shilpa yang juga merupakan juara pertandingan rancangan realiti Celebrity Big Brother pada tahun 2007 merupakan antara aktres prolifik Bollywood dan telah berlakon dalam ratusan filem.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...