Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob hari ini melakukan satu kejutan istimewa buat isterinya, Datin Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menerusi satu video di laman Instagramnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, Fazley hadir membawakan bunga di tempat isterinya ‘bekerja’.

“Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi.

“Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.

“Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?”.

IKLAN

“Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab saya tak pernah kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.

“Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya.

IKLAN

“Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pesanan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?,” tulisnya di kapsyen.

View this post on Instagram

Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan. . Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya. Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pesanan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

IKLAN

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji sikap romantik Fazley terhadap isterinya itu.

“Dia Terlalu Istimewa Di Mata Saya,” – Kejutan Datuk Fazley Buat Isteri, Romantis Habis! “Dia Terlalu Istimewa Di Mata Saya,” – Kejutan Datuk Fazley Buat Isteri, Romantis Habis! “Dia Terlalu Istimewa Di Mata Saya,” – Kejutan Datuk Fazley Buat Isteri, Romantis Habis!

Sebelum ini, Fazley juga pernah mengadakan berkongsi sambutan hari lahir isterinya serta memberikan tips rumah tangga kepada netizen.

Foto/Instagram: Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI