Tahniah diucapkan buat pelakon Aidit Noh apabila memaklumkan isterinya yang dikenali sebagai Hana kini hamil lima bulan.
Mereka baru saja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pada 29 Mei lalu.
Aidit atau nama sebenarnya, Ahmad Aidit Noh,28, memetik Boom Malaysia berkata, dia mengetahui perkara itu sebaik pulang dari set penggambaran drama bersiri popular Dendam Seorang Isteri.
“Sebenarnya isteri dah buat ujian kehamilan dua hari lebih awal sebelum dia beritahu saya. Bila tahu berita ni, siapa saja yang tak terkejut.
“Keesokannya baru saya bawa isteri ke klinik untuk melakukan ujian ultrasound dan doktor mengesahkan pada masa itu usia kandungan Hana sudah pun sebulan lebih.
Ads
“Cuma kami tidak mahu hebohkannya terlalu awal walaupun ada yang bertanya sebelum ini. Sekarang ini apabila kandungan dah benar-benar kuat, baru kami sedia bercerita,” katanya.
Berkongsi lanjut, Aidit menjelaskan Hana mengalami alahan teruk dan sering muntah selain mengidam buah delima.
Ads
“Kalau bercakap soal mengidam, tiada yang pelik sangat. Cuma masa tengah mengandung ni, dia suka makan buah delima.
“Tetapi yang menjadikannya sedikit sukar, dia hanya suka makan buah delima yang diimport dari Mesir. Tak nak yang biasa-biasa,” katanya lagi.
Hana dijangka bersalin pada November depan dan Aidit cuba menyusun jadual seninya agar dapat bersama isteri pada minggu-minggu terakhir sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi yang pernah mengikuti rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), sudah pasti mengenali hos dan personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri.
Maria yang sinonim menerusi rancangan berkenaan tampil berkongsi perjalanan awalnya bertugas di TV3.
Dedah Maria, sebelum menceburi bidang tersebut, dia terlebih dulu menjawat jawatan sebagai Ketua Pramugari di Malaysia Airlines (MAS).
“Saya diberikan kepercayaan untuk membaca berita masa itu. Saya ingat lagi ketika itu pada tahun 1993, saya telah dipanggil untuk hadir uji bakat sebagai pembaca berita.
“Masa itu uji bakat secara ramai-ramai dalam sepuluh orang macam dan saya sahaja yang terpilih untuk jadi pembaca berita terkini.
“Jadi, saya buat dua kerja pada ketika itu sambil saya jadi ketua pramugari dan jadi pembaca berita pada hari cuti.
“Memang hidup saya ketika itu sangat padat lah sebab hari orang cuti pun saya bekerja di TV3,” kenang Maria.
Bagaimanapun Maria tidak menafikan kemunculannya di JJCM telah banyak membantu menaikkan namanya dalam bidang penyiaran.
“Walaupun hari ini umur saya dah meningkat tetap orang panggil saya Jalan-Jalan Cari Makan, nama pun dia tak ingat.
“Itulah program yang telah menaikkan nama saya sepanjang karier di TV3 walaupun saya pernah baca Buletin Utama tetap orang tak ingat.
“Saya masih lagi kekal bersama TV3 walaupun saya tidak lagi mengacara di hadapan kamera.
“Saya amat berterima kasih kepada TV3. Saya ni jenis setia dan tak dapat nak cari kerja kat tempat lain atau nak pergi kerja di syarikat lain.
“Bagi saya, kalau ditoreh darah saya ni memang darah TV3 sebab saya ni memang sangat lama bersama TV3 dari tahun 1993 sehingga 2022.
“Jadi saya memang amat sayangkan TV3,” ulasnya lagi.
Bintang TV ini berkongsi perkara tersebut ketika ditemubual menerusi Wanita Hari Ini, Jumaat lalu.
Untuk rekod, Maria sebelum ini telah mengacarakan rancangan JJCM selama 12 musim berturut-turut bermula siaran musim pertama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin menitipkan ucapan buat pasangan anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
Genap menjangkau usia 26 tahun, Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Zainuddin berkongsi titipan buat anak istimewanya itu menerusi hantaran terkini di Instagram.
Menerusi posting sama, Zarina menyifatkan mereka sebagai anak yang taat, rajin berkerja dan tidak boros berbelanja.
Apa yang menarik, pelakon berusia 51 tahun ini turut berseloroh soal jodoh buat anaknya.
“Happy birthday my Azal, Azil 26 years old now. Dah boleh jawin boss sorang ni. Siapa nak kawin dengan Azal angkat tangan.
“Azal anak yang taat dan rajin bekerja, tak membazir duit dan masa. Moto hidup Azal, dont waste my time.
“Malam ni nak dinner kat mana yea semperna birthday Azal,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 26, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang popular era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman, 57, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu dan muzik yang lebih menerusi Makna.
Single berkenaan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Red Rahimad, Pown Hasril, Otromen, Aman Nassim dan Ariff Peter.
Menariknya, lagu yang diterbitkan COF Music itu turut menampilkan Salwa berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper muda, Red Rahimad.
Salwa berkata, kemunculannya menerusi lagu berkenaan disifatkan sebagai rezeki selain akui kolaborasi bersama Red Rahimad sebagai pengalaman baharu buat dirinya.
“Kata orang rezeki memang tak salah alamat. Sebenarnya saya dah mula nak kurangkan pembabitan dalam bidang seni ini selain sudah kurang berminat nak keluarkan album atau lagu sebenarnya.
“Tapi, anak saudara saya iaitu Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim yang nak sangat saya untuk keluarkan lagu terbaharu bersama dengan Red Rahimad.
“Jadi, semangat itu datangnya daripada anak saudara saya sebenarnya. Kalau pada saya semangat untuk menyanyi tu sudah 50/50 tapi saya tetap buat ‘show’.
“Bila dah diberikan lagu dan lirik, saya tengok macam sesuai dengan jiwa walaupun ada penyanyi rap di situ. Tapi saya di bahagian yang lain iaitu dangdut.
“Lagu ini ada rentak latin pop dan dangdut sikit. Rasanya ia bersesuaian dengan saya. Pada mulanya saya ingat kena rap, rupanya tak ada. Jadi inilah bahagian saya dan hip hop pula Red Rahimad.
“Rasa teruja bila diundang untuk bernyanyi bersama Red Rahimad. Ia satu percubaan baharu dan kelainan dalam hidup,” katanya yang kali terakhir merakam lagu lebih enam tahun lalu.
Sekian lama tidak berada di studio, Salwa mengakui sedikit ‘gabra’ ketika proses rakaman dijalankan.
“Bila dah dapat lagu, lirik dan melodinya rasa terujalah pula. Saya pun memang lama tak masuk studio jadi gabra itu tetap ada. Tapi disebabkan ada kerjasama daripada penerbit, pencipta lagu dan anak saudara semangat itu datang balik.
“Kadang-kadang sebagai penyanyi ini bila dah masuk studio, semangat itu dah jadi lain. Jadi saya buat sebaik yang mungkin sebab dah diberikan kepercayaan. Pada saya ia satu pembaharuan bila kita bergabung dengan penyanyi rap ini.
“Alhamdulillah rakaman berjalan dengan baik dan tak memakan masa yang lama. Ia disebabkan rentak lagu ini dangdut hiphop berunsurkan latin pop jadi genre itu sama sahaja macam dangdut cuma dia ada latin sikit. Pada saya ia mudah untuk menghayati lagu ini,” katanya lagi.
Malah, isteri kepada kepada bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz ini turut berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong kerjaya seninya dari mula sampai sekarang.
“Macam suami dia tak pernah mengongkong saya kalau nak masih nak menyanyi. Dia sentiasa memberikan saya semangat yang padu untuk meneruskan bidang seni ini. Itu salah satu sebab yang membuatkan saya gembira, tak tertekan dan anak-anak pun mengalakkan.
“Saya buat secara sukarela dan gembira. Insya-Allah mudah-mudahan ada rezeki, kerjasama daripada pihak wartawan dan kerjasama daripada pihak radio untuk putarkan lagu ini.
“Mungkin sampai masanya untuk berundur, saya akan berundur. Sebab saya tak adalah sampai ke tua nak menyanyi. Saya ada sasaran sendiri dan sampai masa akan berundur.
“Kepada peminat yang masih mengikuti perkembangan saya, inilah hadiah untuk mereka yang ingin mendengarkan suara saya yang terbaharu. Semoga peminat dapat terima dengan imej dan rentak baharu ini.
“Terima kasih kepada yang masih bertanya di media sosial, itu tandanya saya masih diminati, alhamdulillah. Harap lagu ini memberikan makna yang baik untuk saya,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.