Categories: Uncategorized

‘Dia Suka Hindustan, Saya Suka Akademi Fantasia’ Aliff Syukri Kongsi Perbezaan Dirinya dan Isteri

Share

Kadang-kadang kunci utama untuk berjaya dalam perkahwinan ini, tak semestinya pasangan tersebut mempunyai persamaan yang banyak tapi persefahaman.

Tengok sahaja seperti Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, sering kali beliau mengakui pada orang ramai yang dia dan isterinya mempunyai banyak perbezaan.

Mungkin sebab ramai sangat yang bertanya mengenai perbezaan tersebut, Aliff berkongsi perbezaan tersebut di laman Instagram miliknya.

“I love my life and my family, saja nak sharekan.. cuba korang sharekan perbezaan anda dan pasangan anda?

Meh aku cerita apa bezanya kitorang selain dia pompuan dan aku lelaki… Dia suka hindustan dan korea, aku suka akademi fantasia.

“Dia suka dengar nasyid, aku dengar radio melayu. Dia layan lagu lama lama, aku layan Newboys,Weslife. Dia suka makanan Thailand, aku suka makanan diet sebab dia tak gemuk-gemuk.

“Dia pendiam, aku suka membebel mcm mak nenek. Dia suka mengaji, aku suka shopping. Ini lah realiti kehidupan saya. Saya tak suka hipokrit.

“Bagi aku, yang paling penting antara aku dan dia tahu hati budi masing-masing bukan layan haters. Aku faham dia. Dia faham aku.

“Kami percaya kami berdua tak boleh hidup tanpa berdua. I love u sayang,” tulisnya.

Alahai, sweetnya MH lihat kapsyen Aliff kali ini, tapi bagi sesiapa yang pernah jumpa dengan beliau memang dapat lihat betapa dia sayangkan isterinya itu.

Perkongsian beliau itu mendapat banyak komen positif daripada netizen yang rata-rata memuji sikap ‘gentleman’ Aliff terhadap isterinya.

Apa-apapun, MH doakan semoga pasangan tersebut akan berbahagia selalu.

Sumber: IG Aliff Syukri

IKLAN