
Satu hantaran yang dikongsikan pelakon, Uqasha Senrose baru-baru ini menjadi sorotan, sekali gus mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet.
Menerusi hantaran tersebut, Uqasha berkongsi nukilan mengenai wanita yang seolah-olah telah banyak berkorban di dalam hidupnya.
View this post on Instagram
“Dia setia kerana memang itu sifat dirinya, bukan kerana dia perlukan kamu. Dia tetap setia walaupun hatinya terluka.
“Dia tetap hadir, walaupun kamu tidak. Dia terus memilih kamu, walaupun kamu beri pelbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.
“Bukan kerana dia lemah, tapi kerana dia diciptakan berbeza. Kesetiaannya bukan untuk kamu semata-mata, tapi cerminan keikhlasan hatinya,” kongsinya.
Tidak Jelaskan Maksud Sebenar
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Kamal Adli ini dilihat tidak mengulas lanjut mengenai maksud sebenar disebalik nukilan tersebut.

“Namun jangan sesekali keliru antara kesetiaan dan kebergantungannya. Dia mampu hidup tanpa kamu, cuma dia terlalu percaya pada kamu.
“Dia memberi lebih daripada apa yang dia terima, tapi satu hari nanti, dia akan berhenti bukan dengan marah, bukan dengan benci… tapi dengan kekuatan yang tenang,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mentipkan doa yang baik buat Uqasha dan keluarga.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang.

Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

