“Dia Sampai Menangis Nak Tidur Dengan Basikal,”- Faye Kusairi Cerita Gelagat Anak

Share

Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.

Setelah bergelar ibu, Faye atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi semakin gemar berkongsi cerita mengenai anaknya bersama peminat.

Kongsi pelakon berusia 33 tahun itu, dia telah membelikan sebuah basikal buat anak sulungnya itu.

Menariknya, anaknya sudah mahir menunggang basikal meski baru berusia setahun enam bulan.

“We bought a bicycle instead of a push bike for Alif. Apparently he is still too young and small for a bicycle but well, typical of Alif to learn so quickly and early.

“He learned to cycle when he was only around 1 year 6 months. He pick it up so quickly masa bermain dengan cousins dia yg berusia 4 tahun kat Seremban.

“Thanks to those days, he now owns his 1st bike walaupun kaki tak sampai. Ni kalau kawan2 racing Mommy tahu kompom cakap anak & mak sama je.

“Bezanya adalah kaki Alif tak sampai foot rest, kaki Mommy tak sampai clutch.  And for the record, he cried wanted to sleep with the bicycle yesterday  jenuh memujuk! #AlifAzmi #Alif1y9m,” tulisnya.

Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, pengarah Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi.

Foto: Instagram Faye Kusairi

IKLAN