“Dia Punya Toilet Boleh Main Lari-Lari,” – Ramai Teruja Tengok ‘House Tour’ Nabila Razali Yang Mewah

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali ada berkongsikan video TikTok ‘house tour’ menunjukkan kediaman baharu yang dibelinya menggunakan hasil penat lelahnya sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi video tersebut, Nabila, 31, membawa peminat menjelajah ruang dalaman seperti dapur, ruang tamu, bilik tidur serta bilik air.

Serba putih, kediaman banglo dua tingkat diberikan sentuhan ‘renovation’ mengikuti citarasa penyanyi lagu Pematah Hati itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan keterujaan mereka dengan rumah Nabila yang dihias serba cantik dan kemas.

@calonmenantucikkiah
Cantiknya rumah Nabila Razali. #housetour #NabilaRazali #rumahNabilaRazali #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #RombonganCikKiahKeAJL #KeranaCintaItuAda #SelagikuAda ♬ original sound – Mira Menantu Cik Kiah
@calonmenantucikkiah Sambungan house tour rumah Nabila Razali. Btw video ini dari interior design Rekaliving. #NabilaRazali #housetourNabilaRazali #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral #RombonganCikKiahKeAJL #fypage #fypシ゚viral
#fyp #KeranaCintaItuAda #rumahNabilaRazali ♬ I Love You 3000 II – Stephanie Poetri, Jackson Wang

“Ya Allah, cantik gila rumah dia.

“Tahniah Nabila, dah ada rumah sendiri.

“Dia punya toilet boleh main lari-lari dalam tu.

“Cantiknya rumah Nabila, untunglah siapa dapat Nabila nanti.

“Cantik sangat bathroom dan belah atas ada ruang chandelier dengan dining area tu.

“Sumpah cantik gila rumah Nabila, idaman setiap wanita,” komen beberapa netizen.

Sambil membawa penonton ‘meneroka’ mahligainya itu, Nabila turut menjawab beberapa soalan spontan yang ditanyakan kepadanya termasuk beberapa fakta mengenai dirinya yang mungkin tidak diketahui peminat.

“Pertama saya ni pemalu orangnya… kedua, saya jarang marah dan memang tak pandai marah orang.

“Yang ketiga, saya seorang penakut level dewa dan saya pandai jahit baju kurung, siapa nak baju raya, boleh tempah (dengan saya),” kata Nabila berseloroh.

Nabila memulakan perjalanan dalam bidang seni dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN