“Dia Ni Mana Tau Serik,”- Achey Rakam Video Ketika Pacu Laju Motosikal RXZ Cecah 160 KM Sejam, Tomok Beri Nasihat!

Share

Pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada memuat naik video terbaru di laman Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan Achey sedang menunggang motosikal RXZ miliknya pada kelajuan 160km sejam sambil merakam video.

“Bismillah… #gengasap,” tulisnya.

Menerusi entri sebelumnya, Achey memberitahu, dia menunggang motosikalnya itu secara solo daripada Kuala Lumpur ke Segamat, Johor.

Lantas, video tersebut nyata mengundang kerisauan dihati peminat termasuklah rakan artis, Tomok.

“Fokus kat jalan. Jangan main phone,” tulis Tomok.

Rata-rata netizen meminta Achey supaya lebih fokus di atas jalan raya dan jangan bermain telefon.

Terdahulu, hobi menunggang moto berkuasa rendah kini menjadi trend di kalangan para selebriti seperti Zizan Razak, Shuib Sepahtu, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.

Ketika ini, masing-masing sedang berlumba-lumba untuk memodifikasi motosikal mereka untuk nampak lebih cantik dan yang paling penting adalah tahap kelajuannya.

Sumber: Instagram Achey Bocey

IKLAN