Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makde mendedahkan, pada hari arwah dibawa ke hospital, arwah minta dia untuk memindahlan sejumlah wang dalam akaun peribadi arwah ke akaun bank miliknya.
Menurut Siti Fatimah,34, dia pada awal tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya untuk berbuat demikian.
“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.
“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.
“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu, terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.
“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos.
“Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.
“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.
“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.
Ads
“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.
Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pelawak, Tauke menafikan dirinya sebagai individu yang ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks, kini Shahrul Shiro pula tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Ini kerana menurut Shahrul, ada segelintir netizen telah membuat andaian dengan terus menuduh dirinya tanpa usul periksa sebagai individu yang ditahan bagi membantu siasatan.
Menerusi entri di akaun Instagram, pelawak berusia 37 tahun itu menafikan sekaligus menyangkal dakwaan berkaitan.
“Beberapa sahabat bertanya adakah itu sy dan sy telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”.
“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yg komen2 terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari sy dan fokus pada dosa2 yg lain kerna sy dah memaafkan anda.
“Buktinya sy masih umur bawah 40an, muda kan. Sekian terima kasih kerna mengambil berat pasal sy
#AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak terkenal telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ahad lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.
Serentak dengan itu, warganet mulai berteka-teki mengenai siapakah gerangan pelawak yang telah ditahan bagi membantu siasatan.
Foto: Instagram Shahrul Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Shuib memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras awal pagi tadi.
Menurut Shuib, ia susulan paras oksigen Sarah tidak stabil selain keadaannya yang tidak berapa baik.
Justeru, usahawan ini memohon ramai agar mendoakan kesembuhan buat Sarah serta bayi yang dikandung.
“Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.
“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.
“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” tulisnya di Instagram.
Media sebelum ini melaporkan penyanyi lagu Manis itu sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.
Sarah sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.
Sarah yang kini sarat hamil 7 bulan telah dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.
Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.