Keakraban hubungan pelakon Aiman Hakim Ridza dengan Zahirah MacWilson kini sedang adanya bunga-bunga cinta.
Mana tidaknya, bermulanya dari sekeping gambar yang dimuat naik Zahirah dan disertakan hashtag #zahirAH telah mejadi bualan ramai, lalu memberi bayangan perihal hubungan keduanya.
Aiman ketika ditemui di TGV Sunway Pyramid sempena tayangan perdana & sesi beramah mesra bersama pelakon #SisCuba Sunsilk mengakui bahawa dia selesa berkawan dengan Zahirah.
“Dia (Zahirah) seorang yang jujur dan matang. Jadi, saya selesa berkawan dengan dia. Dia telah menzahirkan saya,” kata Aiman kepada MH.
Ads
Tambah Aiman, hashtag yang digunakan itu #zahirAH tidak akan dipadam sama sekali.
“Kalau tak ada orang hack Instagram saya, mungkin hastag itu akan berkekalan,” jawab Aiman berseloroh.
Ads
Aiman turut menjelaskan bahawa hubungan itu bukan gimik semata-mata, tetapi ia memang datang dari hati dan perasaan suka-sama suka.
Ads
“Kami dah kenal antara satu sama lain sebelum ini. Pernah juga berlakon sama-sama.
“Jadi, saya nak berkolaborasi dengan dia dan ia (hubungan) bukan lah gimik macam yang diperkatakan netizen sebelum ini,” jawab Aiman jujur.
Penyanyi lagu Tradisonal, Noraniza Idris tidak dapat menyembunyikan rasa gembira seorang ibu apabila anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26, selamat bergelar suami baru-baru ini.
Malah, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awallah Dondang dan Dikir Puteri itu ada merakam kembali memori dan tingkah anak sulungnyai ketika masih kecil menerusi Instagram, bersempena dengan hari bersejarahnya itu.
“Sejak lahir alif akan ditidurkan atas dada papanya.. kata org tua2, kalau nak bagi anak kenang org tuanya kena tidokan atas dada.. ternyata @aliffh23 ni memang #copycat apa papa dia buat.
“Suka tiru . Sehingga papa dia berdehem sambil tgk tv pun dia akan ikut.. sebab papa buat. Itu lah anak. Bila org tua dia jd idola.
“Kisah @aliffh23 masa kecik paling nakal dan suka protect kawan2 kena buli. Sampai satu hari, dia tanya mama, bila mama nak pakai tudung, berdosa mama, aurat tu ma aurat tu.
“Kata2 dia menyebabkan sy pegang tekad cukup usia sy 40 sy berhijab. Syukur alhamdulillah dah lebih 8 tahun sy berhijab,” tulisnya.
Malah, Noraniza turut berkongsi momen lucunya bersama Aliff.
“Satu lg kisah @aliffh23 , dia sedih sebab tak boleh sebut R dan pelat. Utk atasi masalah sedihnya, sy layan. Sy latih dia gulungkan lidah sambil bunyikan “rrrrrr..” selagi tak letih. Sy latih dia setetrusnya sebut “rrrrrraaaaaa”.
“Nak tau , sampai sekarang bila dia sebut perkataan2 yg ada bermula dengan R , sentiasa didengar jelas dan huruf r pasti ditekan sedikit .
“Satu lg kisah @aliffh23 masa kecik, yg paling comel, air liur dia selalu meleleh sampai umur 5 bulan. Dulu masa nak bersalinkan @aliffh23 , sementara nak ke klinik , sy lalu kat kedai kuih pau masakan restoran cina.
“Sy nak juga pau tu bau menyelerakan tapi disebabkan was was, jd sy ambil bau je. Tak lah makan. Mak kata ini lah sebabnya anak sy meleleh air liur,” kongsi ibu berusia 48 tahun ini yang turut mengakui, kenangan terindah bersama anak tidak akan hilang dalam ingatan.
Aliff merupakan anak Noraniza bersama bekas suami, Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 25.
Foto: Instagram Noraniza Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hujung tahun pasti menjadi waktu paling sesuai buat kita untuk mengisi masa bersama insan tersayang, pada musim percutian.
Ada yang mengambil keputusan untuk luang masa di kampung halaman, bermalasan di rumah dan ada juga yang mengambil cuti panjang untuk berliburan di luar negara.
Jadi, apa kata ‘usha’ beberapa barisan selebriti kita yang kini sedang berliburan di negara orang pada hujung tahun.
Bagaimanapun, ada juga yang mengambil peluang bekerja sambil bercuti. Memang best bila tengok foto-foto yang dimuat naik mereka.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.