Instafamous, Hafiz Mahamad yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan semalam ada berkongsi mengenai perkembangan terkini anak dan isterinya, Syafiqah Aina menerusi Instagram.
Terdahulu, Aina ada menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang telah diberikan.
“Alhamdulillah, syukur sangat sangat ya Allah atas rezeki ini.
“Thank you daddy, teman and relakan diri kena cengkam kena macam macam sambil mummy belanja drama dalam labour room tadi,” tulisnya.
Sementara itu, Hafiz ada berkongsi beberapa keping foto beserta video menerusi Insta Stories perihal dua insan yang disayanginya ini.
Ads
Awal semalam, Hafi turut menyatakan rasa terima kasih buat isteri sambil masih tidak dapat percaya akan kehadiran orang baru dalam keluarganya.
Pada masa sama, Hafiz turut mendedahkan kesan gigitan si isteri, sebelum lahirnya anak pertama mereka.
“Morning Everyone, 6 hours dia bertarung nyawa semalam & habis calar calar badan saya digigitnya .
“Trust me, bila saya teman wife dari awal contraction sampai baby keluar. Perasaan saya macam, “aku taknak cari perempuan lain & aku nak ikut je apa bini aku suruh.
“Kita yg meneman pun rasa sakit, uih dia mcm gedebek prekkkkk,” tulisnya pada entri terkini.
Ads
Sejurus menerima kehadiran cahaya mata, Hafiz turut mengucapkan terima kasih buat semua pengikut yang mendoakan.
“Than you so much semua yang wish. Alhamdulillah @syafiqahaina selamat bersalin & tak induce.
“Dia kuat sangat, 6cm baru dia rasa perit. Syukur Ya Allah.
Ads
“Pagi tadi Aina sampai nangis sebab takut kena czer. Alhamdulillah rezeki dia hari ini,” tulisnya di Insta Storis pula.
Terkini, Hafiz turut berkongsi video pendek dirinya yang sedang membersihkan uri bayi untuk dikebumikan.
Terdahulu, pasangam sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017 lalu.
Foto: Instagram Syafiqah Aina/Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjelang Syawal,pastinya perkara yang ditunggu-tunggu adalah pemberian duit raya; khusus buat kanak-kanak.
Lihat sahaja wajah riang dan senyuman mereka tatkala menerima sampul raya berwarna-warni.
Dalam pada itu, anak kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B turut sama memberikan duit raya kepada sanak-saudara meski usianya baru 14 tahun.
“Spo nak duit raya..Jmp Cik B. Ha ha…Boleh bg duit raya Cik B.
“Baju raya tetap nak pakai seluar @cikb_havoc66
“Cik B & Kacak raya kat kampung Kelantan,” kongsi DSV di Instagramnya.
Tular semalam kisah duit raya RM5 yang dihulur kepada ibu saudara yang disifatkan sebagai bakhil dan tidak ikhlas.
Terpanggil mengulas isu ini, Aida Gadis Melayu tampil menyatakan pendapat dan mengatakan Aidilfitri bukanlah medan untuk menunjukkan siapa paling hebat.
Tambahnya lagi, duit raya hanya sebagai pemberian tanda ingatan.
Malah jumlah yang diberi tidak dapat menilai keikhlasan seseorang.
“Halah halah hallah. Tu laa manusia kan . Selalu salah org semue nampk ! Korang , biase terjadi mcm ni bile kite rase kitela terpaling hebat. Bagi duit raye note purple blablabla…
“Siape pun hulur, berapa pun jumlahnye bersyukurla . Tande ingatan . Kite tak tau ape masalah & ape kesulitan yg depa lalui . Kereta besar rumah gah x bermaksud terkadang dorang selalu berduit.
“Siape la kite nak menilai keikhlasan org lain. Org bagi kite ambik. Orang tak bg kite dok diam2 . Mcm tu jugak la, kite berniat nak bagi kite bagi.
“Jangan bile tgk depa x hulur kat anak kite kite pun batalkan niat hulur kat anak depa. Ikhlaskan diri , Raye bukan medan nak bangge aku bg berape ko tak hulur ape
“Saling bermaafan & muhasabah diri memasing tu lagi penting ! Sekian komen i pasal gmb ni. sian die bg pun kena kutuk !
“Camat Ayi Yaye !!! X mo gado2 laa k makcik,” tulisnya panjang lebar.
Kisah ini tular apabila anak kepada wanita tersebut memuat naik gambar sampul raya dan jumlah yang diterima ibunya di laman Twitter.
Menurutnya lagi, saudaranya memiliki kereta mewah dan bergaji besar namun hanya memberi duit raya sebanyak RM5.
Walau bagaimanapun, kisah ini sampai ke pengetahuan si pemberi dan ini respon yang diberi.
Difahamkan, individu yang dikenali sebagai Mama Ejja juga dilihat telah memadam akaun Twitter selepas menerima kritikan warga Twitter yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.
Duit raya bukanlah perkara wajib sempena Aidilfitri. Janganlah ia dijadikan isu sehingga menimbulkan perbalahan.
Foto : Instagram Aida Gadis Melayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.