“Dia Kembali, Kami Rindukan Anda,” – Adik Lofa Kembali Di ‘Radar’ Instagram,1.4 Juta Pengikut Mesti Happy!

Share

Setelah hampir enam bulan menyepi dan hilang daripada radar media sosial, pempengaruh yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa, Ameera Khan akhirnya kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran pertamanya, Ameera berkongsi momen-momen sewaktu dia menyambut hari lahirnya yang ke-22 di Dubai baru-baru ini.

Malah, dia turut memuat naik video swafoto buat tatapan para pengikutnya.

Dalam hantaran berasingan pula, Ameera akui teruja apabila berkesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

Katanya, ia merupakan hadiah terbaik sempena hari lahirnya.

Hasil tinjauan MH di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terut menzahirkan rasa teruja dan berharap agar Ameera sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Welcome back,” katanya pengacara, Yaya Zahir.

“Love you my sister,” respon kakaknya yang juga merupakan usahawan, Noor Nabila.

“I love you,” komen pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha.

“You’re back. Long time no see. Happy birthday Ameera,” balas seorang netizen.

“Omg she’s back. We miss you,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, tindakan Ameera memadam akaun Instagram miliknya nyata telah mengundang tanda tanya ramai pihak.

Malah, sebelum ini juga, Neelofa ada memaklumkan Ameere memutuskan untuk berehat seketika dan mencari haluan diri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN