Aktres Rita Rudaini mengakui dia tidak rasa marah atas apa yang telah ditulis lelaki yang mempersoalkan taraf anak-anaknya, cuma rasa terkejut kerana individu yang berbuat demikian adalah seorang yang matang.
Malah, difahamkan lelaki berkenaan juga sudah pun berkeluarga dan mempunyai dua orang anak.
“Saya tak ada marah, cuma saya terkejut. Kalau yang komen itu budak sekolah, saya boleh fikir mungkin yang menulis itu tidak matang dan tak pernah ada pengalaman jadi seorang ibu.
“Akan tetapi apabila saya tengok Instagramnya, saya difahamkan dia seorang bapa kepada dua orang anak dan suami, saya terkejutlah.
“Saya cakap pada dia, awak pun ada isteri, dia pun seorang ibu yang sah taraf macam saya. Awak pun ada ibu, kenapa awak tergamak cakap pada saya sampai macam tu sekali? Kalau awak boleh hina saya nampaknya awak tidak menghormati isteri dan ibu awak,” jelas Rita.
Pada masa sama, bintang Mami Jarum ini juga tidak menyifatkan dirinya sempurna tetapi apa yang mahu ditekankannya ialah bercakap menggunakan akal dan menggunakan media sosial secara berhemah.
Ads
“Apa yang saya mahu ialah buat permohonan maaf secara terbuka dan itulah yang dilakukannya sebentar tadi. Saya terima… Saya tidaklah cakap saya baik macam malaikat atau apa.
“Saya sudah cakap pada dia…oh tindakan bodoh saya. Saya bagitahu balik padanya, saya tak cakap saya pandai.
“Tapi kita bercakap guna akal. Kalau ada akhlak kita mesti tahu bagaimana nak bercakap dengan orang lain,” katanya lagi.
Ditanya sama ada bintang ini bertanya apakah punca individu tersebut menulis komen sedemikian dengan mempersoalkan taraf anak-anaknya, ini kata Rita;
Ads
“Dia kata, dia tak tahu macam mana boleh cakap macam tu. Saya pula cakap disebabkan komen awak, ia dah berlarutan di media sosial. Jadi impak yang besar adalah kepada anak-anak saya.
“Sampai pergi sekolah cikgu tanya, dah dapat tangkap ke orang tu. Anak saya pun tanya kenapa Mummy, dapat tangkap siapa? Benda macam tu bagaimana saya nak jelaskan?,” katanya panjang lebar.
Terdahulu, Rita membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang didakwa mempersoal status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram (IG).
Ads
Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga dan memberi tempoh selama 14 hari untuk individu itu tampil bertemu serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Lalu dua lelaki, Ahmad Najib Mat Arif dan Hafiiz Ahmad Mustaffa hadir ke perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam untuk bersemuka seterusnya membuat permohonan maaf.
Meski permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan saman malu atau sebaliknya.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
#MHLive Akhirnya individu yang memberi komen mempersoal taraf anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang mulai mendapat perhatian selepas muncul menerusi single duet Rahsia Kita bersama Khai Bahar, Fatin Husna telah pun selamat bertunang dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Luqman, 12 Oktober lalu.
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak selain sahabat handai itu dimaklumkan bintang berusia 23 tahun itu menerusi Instagram.
“Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil kecilan antara keluarga terdekat sahaja. In shaa Allah pada pertengahan bulan 12 Saya akan bernikah.
“Semoga semua urusan di permudahkan dan doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang, InsyaAllah amin,” doanya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan berita gembira itu, para peminat rata-ratanya mendoakan agar hubungan yang dibina kekal sampai bila-bila serta mengharapkan yang terbaik buat keduanya.
Terdahulu, Fatin atau nama penuhnya Fatin Husna Ibrahim turut sinonim dengan beberapa buah lagi lain, antaranya Terlepas Cinta dan Kau Berubah.
Foto: Instagram Fatin Husna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal semalam, penyanyi dan penyampai radio, Mawi ada berkongsi foto lamanya saat awal-awal penglibatan dalam dunia nyanyian.
Lebih 14 tahun berlalu, bintang tersebut menerusi Instagram mengimbas memori yang paling diingati iaitu ketika menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
Mawi turut diangkat sebagai juara untuk musim berkenaan.
“Cutekan? Kah kah,” tulisnya ringkas sambil disertai dengan tanda pagar #14TahunLepas, #AkademiFantasia3, #AF3, #MawiWorld dan #Mawi.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata pencinta seni turut sama mengimbau saat bintang berkenaan yang pernah menjadi fenomena lebih hampir 15 tahun dulu.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman ketika era ‘TsuMawi’ melanda pencinta seni ketika itu.
Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 bersama Nora Asyikin Rahmat atau Ekin, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika.
Foto: Instagram Mawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mempersoal tindakan segelintir umat Islam yang menyambut hari lahir dengan lilin di atas kek dan ‘make a wish’ sebelum lilin ditiup, Zul Handy Black mendakwa, perbuatan tersebut tidak ubah seperti budaya golongan kafir.
Penyanyi yang juga kini menjadi penceramah bebas turut memberitahu mengapa hari jadi tak dirai dengan majlis doa selamat.
“Kenapa atas birthday cake mesti nak ada lilin? Sama macam kafir dah.
“Kenapa tak buat doa selamat je?
“Masih ramai sangat lagi yang belum ada kesedaran dalam bab ni, malas nak cakap banyak.
“Korang bawak2 la dengar sikit penjelasan dalam ceramah mana2 alim ulama ataupun ustaz2 pasal lilin atas birthday cake ni.
“Bukan apa…risau nanti kalau2 Nabi tak kenal je korang sebagai manusia yang kononnya claim sebagai umat baginda.
“Korang cakap, korang sayang Nabi, umat Nabi Muhammad saw, tapi cara hidup nak sama macam kafir.
“Nabi tak ajar la sambut harijadi kena ada lilin atas cake, topi tajam, belon2, lagu2, make a wish sebelum tiup lilin tu sume bagai lah.
“NABI TAK AJAR PUN!
NABI TAK SURUH BUAT GITU PUN!
TU SUME CARA KAFIR MAJUSI!!!
FAHAM KE TAK NI?,” jelasnya.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...